Sahabat

Friday, October 22, 2010

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MERAH,KELANTAN

sini tempatnya
Bukit Bakar,Machang,Kelantan – Pada 20-22 Oktober, mahasiswa dari Akademi Pengajian Islam Inversiti Malaya,Nilam Puri,Kelantan dijemput untuk menjadi fasilitator untuk program tersebut. Program ini dihadiri oleh 37 orang pelajar lelaki dan 24 orang perempuan. Kesemua mereka terdiri daripada pelajar tahun enam yang baru selesai UPSR. Untuk pengetahuan, kebanyakan fasilitator berdebar memandangkan ini kali pertama mereka menjadi fasilitator. Kehadiran kami disambut meriah oleh adik-adik yang menyertai program. Terasa gembira dan terharu dihati apabila disambut dengan meriah. Kami disambut oleh Cikgu Rosmani, Cikgu Hayati dan peserta perempuan.  
perasmian
Acara dewan bermula jam 10 pagi sebaik sahaja dewan dipenuhi ibu bapa. Program ini dinamakan KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT KALI KE-4. Program ini dirasmikan oleh Guru Besar,Cikgu Muhammad. Turut dinyatakan dalam ucapan beliau ialah objektif utama program ini. Antaranya ialah untuk memperbaiki bacaan solat peserta. Untuk makluman semua kami diberitahu secara purata 30% sahaja yang faham tentang solat dan kaifiatnya. Selain daripada itu,program ini adalah persediaan utk peserta melangkah ke alam remaja yang penuh cabaran. Acara dewan tamat sekitar jam 12 tengah hari.
Aktiviti bermula pada jam 2 petang. Fasilitator diperkenalkan kerana ‘tak kenal maka tak tahu”. Seterusnya dimulakan dengan pembahagian kumpulan. Sebanyak 9  perempuan dan 5 lelaki daripada UM yang menjadi fasilitator pada program tersebut. Pada mulanya susah sedikit untuk mendapat tindakbalas daripada peserta. LDK pertama ini barangkali untuk mengenal peserta dahulu. Macam-macam cerita yang kami dapat. Kawasan ini dekat kampung berdekatan dengan Bukit Bakar dan banyak aktiviti yang tidak sihat berlaku di kawasan tersebut. Kecil-kecil lagi sudah tededah kepada perkara munkar. Sepatutnya diawal pembinaan kanak-kanak mereka patut didedahkan dengan perkara-perkara yang soleh tetapi ini yang berlaku sebaliknya.
Pasa sebelah malam peserta diisikan dengan tazkirah oleh saudara Fikri.Malam tersebut peserta disajikan dengan lagu tema. Antaranya Faizal Tahir(Gemuruh) dan UNIC(Jalinan). Peserta lelaki dibenarkan tengok bola melibatkan Kelatan vs Kedah. Al-Maklum pesertanya dari Kelantan. Fasilitator diberi layanan yang baik. Terharu pun ada. Cikgu-cikgu dekat situ sanggup bawa cadar, selimut, bantal, toto dari rumah. Kami tidur siap dengan penyaman udara pulak.
21/10/2010(Khamis)
sujud elok2 cki...
Aktiviti bermula dengan solat suboh jamaah dan tazkirah. Pagi tersebut sekitar jam 8 pagi LDK kedua bermula. LDK ini melibatkan wudu dan perkara yang berkaitan dengan solat . Selepas zohor boring penilaian diagihkan kepada peserta. Mana-mana peserta yang gagal akan diletakkan dalam kelas pemulihan. Ada dikalangan peserta yang menangis sebab kawan-kawan dia yang lain sudah lepas ujian penilaian. Penat juga nak pujuk.
Lepas asar peserta lelaki didenda sebab banyak main jadi kelebihan kepada peserta perempuan sebab kami dapat main  dekat padang. Padan muka.hehe. Dia orang kena hafal ayat-ayat dalam solat.
Lepas Isya’ aktiviti diteruskan dengan malam muhasabah.Ramai yang menangis tetapi itu bukan matlamat kami. Yang penting bila tengok adik-adik menangi kami tahu bahawa hati mereka masih lembut dan mudah disentuhs isya’. Lepas habis sesi muhasabah, adik-adik pergi makan. Habis makan peserta-peserta kena denda dengan Cikgu Rosmani. Semua kena ingat bacaan dalam solat. Tapi kasih cikgu kepada anak muridnya menyebabkan mereka dibenarkan tidur selepas melihat mata peserta kemerahan. Malam itu kebanyakan fasi tak tidur di bilik sebab sayang dengan adik-adik(caring)..
Hari Terakhir Program
Esok pagi kami bincang dengan C.Rosmani. Hasilnya, peserta yang banyak mengusai kemahiran solat diasingkan. Ada yang lemah dan kuat penguasaannya. Sekitar jam 3,30 petang aktiviti penutup bermula. Pengerusi Majlis penntupan ialah saudara Syakirin. Turut memberi ucapan adalah saudara Fikri sebagai wakil fasilitator.Berdasarkan pemerhatian 80 peratus berjaya kuasai cara untuk solat dan wudu’. Tiba di Nilam Puri sekitar jam 6 petang.
Disediakan oleh Siti Hajar(ahli kelab Fasilitator)

No comments:

Post a Comment