Sahabat

Wednesday, May 25, 2011

pesan si tua untuk si muda

Suatu ketika dahulu, seorang lelaki tua yang terlantar sakit memanggil dua orang anaknya. Dia berpesan kepada kedua-dua anak lelakinya itu supaya menjaga perniagaan yang bakal ditinggalkannya nanti dengan baik. "Anak-anak ayah... bila ayah sudah tiada nanti, kamu amalkan dua pesanan ayah ini. Pertama, jangan sesekali menagih hutang dengan orang yang berhutang dengan kamu. Kedua, apabila hendak pergi dan balik dari kedai, jangan sekali-kali benarkan dirimu terkena cahaya matahari. Amalkan dua pesanan ayah ini, nanti perniagaan kamu akn berjaya,"pesan lelaki tua itu.
Selepas lelaki tua itu meniggal dunia, perniagaan dan kedai diuruskan oleh kedua anak lelakinya. Mereka menuruti pesanan arwah ayah mereka. Anehnya selepas setahun, perniagaan anak yang bongsu jatuh merudum. Sebaliknya pula perniagaan si abang yang bertambah besar dan maju.

Kenapakah perniagaan si adik jatuh merudum..??? Apakah dia tak turuti pesanan arwah ayahnya??..

"Saya tak pernah menagih hutang dengan orang yang berhutang dengan saya. Tapi masalahnya mereka tak bayar pun hutang-hutang mereka. Hutang sudah terlalu banyak sampai saya kehabisan modal.
"Untuk mengelak daripada terkena cahaya matahari, setiap hari saya juga terpaksa keluarkan duit tambahan untuk tambang beca ke kedai." kata si adik..

Bagaimana  pula dengan perniagaan si abang yang bertambah maju??..

Jawab si abang,"Bila ayah kata jangan tagih hutang daripada orang yang berhutang dengan kita, maka saya buat keputusan semua urusan perniagaan mesti dibayar tunai. Tidak boleh hutang. Hasilnya modal saya bertambah dan perniagaan saya berjalan lancar. Kemudian, disebabkan ayah kata jangan benarkan diri terkena cahaya matahari semasa pergi dan balik, maka saya pergi kerja sebelum matahari terbit dan pulang bila matahari terbenam. Ayah memang bijak, pelanggan saya makin hari makin ramai sebab kedai saya dibuka paling awal dan ditutup paling lewat."


Ternyata si abang dapat membaca maksud disebalik pesanan arwah ayahnya.
dan sesungguhnya orang tua tinggi akalnya, tahu asam garam dunia dan juga sering menguji kita dengan cara yang tak diduga. Tetapi orang muda sering melihat pesanan orang tua pada satu lapisan saja. Kerana itu orang muda yang berjaya adalah mereka yang mendengar nasihat orang tua dan bijak membaca ketinggian akal mereka.

Thursday, May 19, 2011


Moga kehidupan kita berada dalam naungan Ilahi. Penulisan kali ini hanya perkongsian tentang sebuah buku. Lebih kurang 558m/s. Saya baru habis membaca buku tersebut. 

Berkisar tentang perkara-perkara yang berlaku sebelum kiamat sebenarnya. Tapi puas baca. Luaskan pembacaan anda.

Buku karangan Muhammad Alexender, pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesiamendedahkan rahsia di sebalik fakta pembikinan filem 2012. Turut didedahkan juga ialah perbalahan antara saintis dan pakar sejarah mengenai penemuan Kalendar Maya yang mencetuskan seribu tanda tanya.

Fakta sains, Al-Quran dan hadis menjadi sumber rujukan buku tersebut.

Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan sebenarnya
               
        1.Ramalan tentang kiamat.

Perkara nie dah lama manusia ramal tapi tetap tak berlaku lagi. Semestinya rahsia ini hanya allah yang tahu.

“sesungguhnya allah, hanya disisinya sahaja pengetahuan tentang hari kiamat” Luqman:34

Saya kongsikan ramalan manusia tentang kiamat
               
                                          Chelyabinsk meramalkan bumi akan dilanggar komet dan seterusnya kiamat akan berlaku pada 1998.

.                                               Ada pihak yang meramalkan kiamat akan berlaku pada 14 Julai 1960, jam 1:45 petang disebabkan oleh ledakan bom tanak milik AS. Ekoran ramalan itu ada yang menghasilkan perahu di gunung.

                                                Seorang ahli astronami dari Chile, Munenna Carlos Ferraro meramalkan kiamat akan terjadi antara 1998-2001, akibat Bernard-1 yang memasuki system suria.

                                        Banyak lagi ramalan sebenarnya, Tak dapat saya nak ungkapkan.

Sekarang macam mana. Semua yang saya nyatakan tak berlaku pon sebab perkara ini dirahsia pencipta sebenarnya. Hatta rasul sendiri pon tak tahu melainkan tanda-tandanya .

2)    Tanda-tanda kiamat.

Gempa bumi disana-sini. Kemunculan dajjal. Asap dan yakjuj makjuj. Terbitnya matahari di sebelah barat.  Ini tanda besar kiamat.

3)      Penceritaan tentang tanda besar kiamat

Buku ini memang menceritakan secara terperinci. Beliau membuktikan melalui Al-quran, hadis dan kajian sains.

4)      Ramalan kaum Maya

Lagenda kaum Maya penuh dengan enigma. Tamadun ini wujud. Mereka mampu membuat piramid, serta menguasai ilmu astronomi. Mereka juga mampu menghasilkan calendar angkaasa lepas berdasarkan penyataan ahli sejarah kaum maya. Tapi satu saja mereka adalah kaum yang rosak aqidah sebenarnya.

Menurut kajian ahli sejarah, bangsa ini musnah disebabkan runtuhnya moral kepimpinan, penyelewengan , member makanan  pada sembahan dan sebagainya.

Mereka punyai kalender tersendiri. Ramalan kaum maya merupakan latar belakang filem 2012.

Ada keturunan mereka membeli tanah di Afrika untuk persediaan selepas hari kemusnahan. Perkara ini ada dinyatakan dalam berita harian.

Kesimpulan

Kiamat adalah perkara yang akan berlaku. Bila? Itu perkara yang dirahsiakan. Janji allah akan tetap berlaku. Perkara yang paling penting kena beriman dengan hari kiamat kerana 
ada segelintir manusia yang menolak perkara ini.

Hikmah perahsiaan agar manusia senantiasa melakukan kerja yang membuahkan hasil dan diredhai allah.

Hakikat kita sebagai muslim perlu dilaksanakan hingga hari tersebut tiba. Selagi mana kehidupan ini ada sebarkan islam walau dimana sahaja. Teruskan beramal selagi masih sempat  kerana apabila terbitnya matahari di sebelah barat amal-amal tidak akan lagi diterima lalu pintu taubat akan ditutup.