Sahabat

Wednesday, December 29, 2010

Bangun Subuh Awal

Oleh : BROHAMZAH


Waktu Subuh, seawal itu mukmin
 memulakan hidupnya
Salam motivasi, salam penuh keceriaan, salam penuh kecergasan yang luar biasa.
Semoga hari minggu ini kita lalui dengan jiwa-jiwa yang dipenuhi ruh yang bersemangat.
Nafas segar yang membangkitkan dan diri kita sentiasa bertenaga

Saya yakin ramai yang mempunyai pelbagai aktiviti bersama keluarga, teman-teman dan masyarakat sekeliling.

Hidup harus aktif, dinamik dan terus meningkat.

Usah biarkan ia statik sahaja, bimbang kelesuan dan kejemuaan akan menerpa jiwa kerdil kita.

Satu pertanyaan : Bangun Subuh

Semalam, semasa sesi pertemuan mingguan saya dengan adik-adik saya dalam program mingguan, salah seorang daripada mereka menanyakan satu soalan.

“ Abang, boleh ka bagikan tips atau cara untuk bangun subuh lebih awal. Sejak akhir-akhir ini, kerap lewat bangun dan solat subuh juga lewat.”

Riak wajahnya, menunjukan hajat yang besar agar saya membantunya. Alhamdulillah, dalam jiwa dan hatinya inginkan sesuatu perubahan agar dirinya menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

“ Jika boleh minta abang , share kan untuk manfaat bersama,’ Kata seorang lagi.

“ Alhamdulillah, bagus. Antum hajatkan sesuatu yang baik,’”Kata saya perlahan.

Bangun awal, untuk bermunajat, berdoa dan bermanja-manja dengan Allah SWT.

Teringat kata-kata Fudhail bin Iyad : “ Ketika matahari terbit di ufuk barat maka aku gembira dengan kegelapan kerana orang-orang akan pada tidur. Pada saat itu aku akan berduaanbersama Allah yang Maha Rahman.”

Dilemma Solat Subuh

Hari ini kita boleh lihat bagaimana keadaan di mana masjid, surau atau tempat solat di seluruh negeri di Malaysia. Baiklah, kita tidak perlu pergi jauh. Kita lihat tempat yang berdekatan dengan kita. Bagaimana, perlaksanaan solat subuh?

“ Kita solat la,” Kata seseorang.

“ Pukul berapa?,”

“ Err.. subuh tadi lewat sikit. Lewat bangun, sedar-sedar dah pukul 7.45 pagi!,” Kata seolah-olah bersalah.

Dialog di atas acapkali kita boleh dengar di mana-mana sahaja.

Fenomena subuh gajah, atau solat subuh diluar waktu berlaku dalam masyarakat. Ini saya tidak sebut lagi bagi yang memandang remeh tentang solat sehingga tidak melaksanakannya.

Apatah lagi, solat Subuh

Lewat Solat Subuh, puncanya kerana lewat bangun dari tidur. Itu puncanya. Bangun lewat, atau tidaki sedarkan diri.

“ Sebenarnya, 1 sahaja penawar untuk bangun awal – antum kena tidur awal,”

“ Kalau abang, pukul berapa yang dimaksudkan dengan tidur awal tu,” Tanya seseorang di sebelah kiri.

“ Jika ana, jika boleh tidur sebelum jam 12 tengah malam,” Saya memberikan cadangan.

“ Fuh, awalnya. Time tu biasanya baru hendak study,” Kata seorang adik.

Saya tersenyum.

Ya, saya akui hampir majoriti para pelajar di kampus tidur lewat. Alasan, siapkan assignment, study dan sebagainya. Tetapi, dari pemerhatian saya adalah sebaliknya.

Ramai yang sibuk dengan kelekaan gamez-gamez yang pelbagai kecanggihan dan coraknya.

Hidup berlepak, sembang-sembang santai-santaian.

Larut dalam dunia maya – FB, Myspace, bloging tanpa arah tuju.

Dan, banyak lagi.

Dan, akhirnya ramai yang tidur pada lewat malam. – 2 pagi, 3 pagi baru lelapkan mata. Kesannya?

Esoknya ramai yang tidak mampu bangun daripada tidur yang tidak berkualiti. Mata kuyu, letih, tidak bermaya dan pening kepala. Akhirnya, ramai yang mengorbankan tuntutan perlaksanaan ibadah Subuh.

Solat Subuh terlepas. Dan satu titik hitam dihati terbentuk kerana melakukan satu dosa yang dirinya sendiri tidak sedar. Nauzubillahi Min Zalik.

Alangkah baiknya, jika tidur awal dan bangun lebih awal. Di saat yang sangat baik untuk menjernihkan dan membersihkan hati dengan amalan soleh.

Buku yang baik untuk dibaca bagi sukar untuk bangun menunaikan Solat Subuh
Firman Allah SWT :

“ Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu ; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”

( Al-Isra (17): 79)

Tips dan Kaedah – Bangun Subuh Awal

Saya kongsikan beberapa cara dan kaedah untuk dilaksanakan oleh adik-adik serta sahabat-sahabat dalam usaha untuk bangun awal. Sememangnya, jika boleh kita biasakan diri bangun sebelum azan subuh berkumandang. Saat ini, ialah adalah detik yang sangat berharga bagi mukmin yang bermunajat dan berdoa. Peluang ini harus difokuskan dan direbutkan.

Saya bahagian kaedah kepada 2, pertama : Sebelum Tidur dan kedua : Selepas bangun dari tidur.Baiklah, kita lihat satu persatu. Semoga bermanfaat.

Sebelum Tidur ( Fokusnya persiapan sebelum tidur)

1. Sebelum tidur, lakukan persiapan yang sewajarnya. Ini kerana kita akan melangkah ke alam tidur. – Ada sesetengah orang menyatakan ia sebagai alam kematian yang sementara. Kita kena bersedia. Are You Ready?

2. Pastikan tempat tidur berada dalam keadaan yang sesuai da selesa untuk tidur. Pastikan ia kemas dan tidak kotor.

3. Ambil wudhuk, bersihkan muka dan gosok gigi agar mulut anda bersih dan suci. Saya pasti, anda akan merasai kesegaran dan kenyamannya.

4. Biasakan dirikan solat sunnat 2 rakaat – terpulanglah sama ada solat taubat, hajat atau apa pun. Jika saya, kebiasaannya solat sunat taubat. Aggaplah ia sebagai stesen muhasabah diri sebelum melelapkan mata.

5. Jika mampu, tutupkan malam anda dengan membaca Al-Quran. Biasanya selalu kita lihat ramai yang melazimi surah Al-Mulk sebelum tidur. InsyaAllah, kita juga boleh lakukannya.

6. Setkan jam loceng atau alarm telefon bimbit pada waktu yang ingin anda bangun. Sedikit pandangan saya, jika boleh setkan alarm telefon dengan alunan azan atau ayat Al-Quran. Bagi saya, ia sangat-sangat sesuai. Kita dikejutkan dengan kalimah-kalimah yang mulia. Cuba elakan dengan muzik-muzik yang tidak selari dengan nafas ruh Islam.

7. Baringkan badan dengan selesa dan baca tiga kul. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian tarik nafas dan hembus dengan keselesaan anda.

8. Justeru, pejamkan mata dan sambil-sambil beristighfar dan berzikir sehinggalah mata terlelap tidur dengan tenang, aman dan damai.

Selepas Tidur

1. Kita akan terjaga jika terdengar jam loceng atau alunan azan daripada telefon kita. Ok baiklah, cuba elak untuk menutup bunyinya sehinggalah anda benar-benar tersedar.

2. Kemudian, duduk dan cuba elak dari membaringkan diri semula. Kemudian, bacalah doa bangun subuh.

3. Baiklah, Rasulullah SAW memberi panduan kepada kita bahawa apabila kita tidur terdapat 3 ikatan yang diikat oleh syaitan semasa kita tidur. Justeru ada 3 kaedah untuk merungkaikan ikatan itu. Yang pertamanya telah saya sebutkan dalam tips ke 2.

4. Baiklah, seterusnya terus ke bilik air basuh muka, gosok gigi dan bersihkan badan. Dan ambilkan wudhuk dengan tenang. InsyaAllah, wudhuk akan merungkaikan ikatan yang ke dua.

5. Seterusnya, kata Rasulullah kita dirikan solat sunat 2 rakaat. InsyaAllah ikatan ke 3 akan terungkai dengan izin Allah SWT.

6. Dan, selepas itu saya yakin kita akan sedar, bertenaga dan ceria. Dan boleh kita membaca Al-Quran dan sebagainya.

Itulah serba sedikit yang saya kongsikan bersama adik-adik PESAT saya. Bagus perbincangan semalam. Semuanya, memberikan juga cadangan tambahan. Dan saya kira ia bermanfaat untuk kami semua untuk belajar bangun subuh awal.
Dengan solat, jiwa kita menjadi utuh

Penutup : Latihan Ruhiyah

Bagi saya, untuk membiasakan diri bangun subuh awal ia memerlukan proses latihan. Ia harus bermula sekarang. Ada target pukul berapa hendak bangun dan binalah minda untuk bangun subuh awal.

Inilah latihan didikan tarbiyah yang tulen. Belajar untuk bangun subuh awal. InsyaAllah, jika kita mulakan hari dengan bersubuh-subuhan. InsyaAllah kita adalah orang yang sangat kuat.

Pernah saya mendengar satu kata-kata seorang pakar motivasi : “ Manusia yang paling kuat ialah manusia yang boleh bangun untuk solat Subuh!.”

Biasakan bangun Subuh awal, dan lakukan solat sunat di waktu dinihari. Ia adalah sumber energi yang sangat istimewa.

Ia adalah amalan orang-orang yang soleh, tawadhuk, warak dan mengharapkan keredhaan Allah SWT. Marilah kita mulakan hari dengan kesan air wudhuk yang diambil sebelum berkumandangnya azan.

Saat itu, jiwa dan hati akan tenang. Kesan ibadah akan memberikan kekuatan yang luarbiasa serta membentuk keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, sepenuh jiwa.

Bagi yang sudah biasa dengan berpagi-pagian dengan solat Subuh, tentu ada kesan kepada jiwa dan hatinya. Bukan itu sahaja, pada wajahnya dan riak kesungguhan tekadnya ada keunikan. Ketenangan, kejernihan, kebersihan dan semangat yang menceriakan!

InsyaAllah, jom bangun subuh awal.

Gerak kempen ini. Dimana-mana, rumah, asrama, hostel, di kem atau di mana sahaja.
Semoga kita semua menjadi ahli Subuh!

Sunday, December 19, 2010

Ahli Kelab Fasilitator Semester 2 [muslimin]

1.MOHD FARID WAJDI B MUSTAFFA                                   
2.SYED MOHAMMAD DANIEL B SYED MOHAMMED           
3.MUHAMMAD ZUHAIR B MOKHTAR                                   
4.MOHAMMAD FAKHRUL ISLAM B JASMAN                        
5.MUHAMMAD HAIKAL B ZULKIFLI                                      
6.AHMAD LUTFI B MUHAMAD SHARIF                                  
7.ABU BAKAR B MOHAMED AMIN                                        
8.MUHAMMAD SYUIB B ABD. SUKOR                                    
9.MUHAMMMAD HILMIE B MOHD ALI                                   
10.MUHAMAD SAYUTI B MANSOR                                        
11.MOHD NADZWAN B MAJIN                                              
12.ABDUL SALAM B MUHAMAD BUSTAMAM                        
13.MOHAMAD ZAKI B ISMAIL                                                
14.MUHAMMAD SAFWAN B HARUN                                       
15.MOHD HAFIZI B ABD RANI                                                
16.KHOMARUL ZAMAN B JAIB                                              
17.AHMAD SYAFIQ B YUSOF                                               
18.MUHAMAD HELMI B ABDUL                                              
19.MUHAMMAD SHAHRIN B AHMAD RAZALI                        
20.SAFWAN B SHAMSUDIN                                                   
21.KHAIROL NAJIB B HASYIM                                              
22.MUHAMMAD NABIL B ISMAIL                                            
23.MOHD SYAUQI B SAIFUL SUHARDI                                   
24.NOR HASIF B OTHMAN                                                     
25.MOHD ZARIN B MASZALAN                                              
26.MUHAMMAD AIMAN ZAHIR B MOHD ASRI                         
27.MOHD NOR ASYRAF HAKIMI B ABU BAKAR                     
28.MOHD MUKHLIS B RAHIM                                                
29.MUHAMMAD GHAZALI B MOHD ROSLAN                          
30.AMIR SYAFIQ B ABD RAHIM                                            

Saturday, December 11, 2010

Ahli Kelab Fasilitator Semester 4 [muslimin]


  1. SHAIRAZI BIN SHARIZAN
  2. MOHD SYAMIL UL ANUAR BIN BASYIRON
  3. NOR AFANDI BIN MOHD SOHIMIE
  4. MOHD ADNAN BIN CHE ABDUL HAMID
  5. MOHD KHAIRUL AMIN BIN ZAKARIA
  6. AHMAD SAFWAN BIN  MOHD THAWARI
  7. AHMAD SOLAHUDDIN BIN ZULKEFLI
  8. MOHD IZZAT BIN ISMAIL
  9. AHMAD SYAKIRIN BIN YUSLAN
  10. MOHD FIKRI BIN MAT ARIT
  11. FAKHRUL ISLAM BIN JUHALI
  12. MOHD MUSTAQIM BIN ABDULLAH
  13. MOHD ZAKARIYA BIN SHAFI
  14. MOHD RIDZUAN BIN HASYIM
  15. AHMAD FAKHRUDDIN BIN RAMLI
  16. MOHD YUNUS BIN RAJULI
  17. MOHD PURKON BIN ABDUL RAZAK
  18. SHAHRUL AZRIE BIN ABDULLAH 
  19. AHMAD SHAHRIR BASRI BIN AHMAD SUHAIMI

Monday, December 6, 2010

SALAM HIJRAH


HIJRAH

Dingin malam menusuk tulang insan

Dan kesejukan dan ketakutan

Bersama dibalut kegelisahan

Perjalanan meninggal kota penuh kegelapan menuju ke kota cahaya

Kebenaran

Bermulalah hijrah yang agung pengorbanan insan tak ternilai harga kepayahan

Kesusahan menempuh dugaan dan rintangan dalam kehidupan

Mereka tak punya apa

Harta sanak saudara

Tetapi mereka percaya hanya janji rasulnya

Sudahkah kau bersedia

Ingin merebut hidayah yang dijanjikan allah

Allah melindungi perjalanan kekasihnya yang tercinta

Debaran

Hijrah ke kota cahaya

Inilah sebuah hijrah yang agung

(Nowseeheart)

Tuesday, November 16, 2010

| Salam Aidiladha |

''Selawat Allah ke atas junjungan Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana selawat-Mu ya Allah ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.''bicara tasyahud saban masa.

''Kami berpagi-pagian di atas fitrah al-Islam, dan kalimah al-Ikhlas, dan agama Nabi kami Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam, dan di atas jalan agama Ibrahim yang Haneef, tidak sekali-kali baginda itu dari kalangan manusia yang menyekutukan-Mu”, zikir kita mengiring terbitnya fajar pagi.

Ibrahim bapa sekalian Anbiya’.

Aidiladha mengangkat syiar memperingati pengorbanan dan kemuliaannya.

Ibrahim pemilik Hati yang Salim.

Hati yang sejahtera.

QALBUN SALIM

Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran tentang hati yang sejahtera  sebanyak dua. Sebutan yang pertama adalah berkenaan dengan hati yang sejahtera di dunia, manakala sebutan yang kedua menyentuh tentang Akhirat.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Saafaat [37: 83-84] yang bermaksud :
 “Dan di antara golongan yang mendokong (seruannya  Nuh) itu adalah Ibrahim. Iaitu tatkala beliau mendatangi Tuhannya dengan membawa hati yang sejahtera”

Ayat ini dinyatakan oleh Allah SWT berkenaan dengan titik tolak Ibrahim Alayhi as-Salaam mencari kebenaran, melukis garis pemisah dirinya dengan syirik bapa dan kaumnya, serta asas perjuangan Baginda AS sebagai seorang Rasul.

Firman Allah SWT lagi di dalam surah al-Shu’araa’ [26: 88-89] yang bermaksud :
 “Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera”

Ayat kedua ini pula menyatakan tentang kemutlakan hati sebagai satu-satunya bekalan bermanfaat yang dibawa oleh seseorang semasa mengadap Allah Azza wa Jalla di hari Akhirat nanti.

HATI YANG SEJAHTERA

Ia adalah terjemahan Bahasa Melayu kepada istilah asalnya Qalbun Salim…. Hati yang bernilai tinggi itu diistilahkan sebagai hati yang ‘Saleem’. Ia berasal daripada perkataan umbi Sa-Li-Ma… yang menghasilkan makna linguistik:
i. Selamat
ii. Penyerahan / kepasrahan / keakuran

Oleh yang demikian, hati yang sejahtera ini terbentuk dengan asasnya yang utama iaitu penyerahan dan ketundukan yang mutlak kepada Allah SWT. Justeru itu hati yang sempurna tidak disebut sebagai ‘hati yang bahagia’ atau (Qalbun Sa’eed), bahkan tidak juga ‘hati yang sihat’ atau (Qalbun Saheeh)! Ini adalah kerana, kedua-kedua karakter itu hanyalah serpihan daripada makna yang terkandung di dalam pengertian hati yang sejahtera (Qalbun Saleem).

Memahami maksud yang terkandung di dalam makna hati yang sejahtera adalah amat penting kerana ia adalah kesimpulan kepada bekalan hidup dan bekalan akhirat. Bagi kehidupan di dunia, Allah SWT menyatakan bahawa, Ibrahim Alayhi as-Salaam, khalilNya, mencari Rububiyyah dan Uluhiyyah, menggariskan kebenaran dan menetapkan langkah di dalam perjuangan Baginda sebagai Rasul dengan berbekalkan hati yang sejahtera.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan di antara golongan yang mendokong (seruannya Nuh) itu adalah Ibrahim. Iaitu tatkala beliau mendatangi Tuhannya dengan membawa hati yang sejahtera” [Al-Saaffaat 37: 83-84]

HATI YANG SEJAHTERA DI DUNIA

Ulama’ Tafsir telah menghuraikan tentang pengertian atau sifat-sifat yang terkandung di dalam hati yang sejahtera itu. Ia adalah hati yang menyerah kepada Allah, tunduk kepada kehendak dan kemahuan Allah SWT. Apabila hati itu menurut segala kehendak Penciptanya, maka dengan sendirinya ia terpelihara daripada segala yang mencemari pengabdiannya kepada Allah. Menurut Qatadah, ia adalah hati yang bebas merdeka dari syirik dan nifaq. [Fath al-Qadeer, Ash-Shaukani, j4 ms. 460, Dar al-Kalim at-Tayyib, 1998]

Hati yang bebas merdeka ini adalah hati yang murni dengan fitrahnya. Ia adalah hati yang suci bersih dari syirik yang mengelirukan manusia tentang ketuhanan. Ia juga adalah hati yang lepas bebas dari sifat nifaq yang melahirkan prejudis dan karakter dusta dan menipu. Menipu Alllah sedangkan yang sebenar-benarnya ditipu itu adalah dirinya sendiri.

HATI SEJAHTERA SEORANG YANG MENCARI KETUHANAN

Ibrahim Alayhi as-Salaam mendapat keupayaan untuk menemui jawapannya terhadap ketuhanan kerana Baginda membawa hati yang sejahtera, iaitu hati yang suci dari prasangka. Selepas kukuh berpegang dengan hidayah Allah, hati yang sejahtera itu juga tunduk sepenuhnya kepada ketentuan Allah yang memilih Baginda sebagai Rasul. Baginda tidak mempertikaikan pemilihan itu walaupun dengan ketentuan Allah tersebut, bererti Baginda akan berhadapan dengan musuhnya yang paling sukar iaitu bapanya sendiri, si pengukir berhala. Hati yang sejahtera tidak prejudis atau membantah-bantah ketentuan Allah.

Tegasnya, hati yang sejahtera bagi seorang yang sedang mencari ketuhanan bererti hati yang tiada prasangka atau prejudis terhadap Tuhan. Hati seperti ini adalah kunci utama untuk menemukan pemiliknya kepada kebenaran kerana ia membuka luas-luas pintu kepada segala input untuk dianalisa dengan adil dan saksama. Bagi seorang manusia yang sedang ‘mencari Tuhan’, hatinya tidak boleh prejudis. Prejudis adalah perkataan yang datang dari kalimah Bahasa Inggeris iaitu ‘prejudice‘ yang terbentuk dari dua perkataan iaitu ‘pre’ dan ‘judgement’. Prejudice ini bermaksud membuat keputusan terhadap sesuatu perkara yang sedang di dalam pertimbangan, sebelum sampai kepadanya bukti-bukti dan maklumat yang lengkap. Ia telah membuat sekatan mental, lantas menyempitkan pintu dirinya untuk menganalisa.

Kerana itulah, Allah SWT memilih untuk menjadikan bangsa Arab sebagai kader umat Muhammad SAW yang pertama. Bangsa Arab Jahiliah tidak berpemikiran sebagaimana kaum Rom dan Parsi yang sudah mempunyai mindset berasaskan falsafah dan kepercayaan mereka yang sudah begitu tersimpul dan berakar umbi. Bangsa Arab Jahiliah mensyirikkan Allah dalam bentuk yang mudah, hati mereka senang untuk sampai kepada hati yang sejahtera kerana mereka tidak prejudis kepada ketuhanan. Tiada mulhid atau atheist di dalam masyarakat mereka bahkan semuanya percaya kepada Rububiyyah Allah. Mereka mengiyakan Allah sebagai Tuhan yang menurunkan hujan dan mencipta langit dan bumi. Namun yang masih belum selesai hanyalah Uluhiyyah dan disiplin pengabdian mereka kepada Allah.

Seorang saintis yang luhur di dalam pengkajiannya, akan dengan mudah sampai kepada ‘menemui Tuhan’. Namun bagi saintis yang sudah ada mindset yang prejudis, hatinya akan sentiasa dilarikan daripada akur kepada Allah. Seorang pakar kejuruteraan genetik merasakan kewujudan Tuhan sudah tidak relevan kerana menemui upaya untuk mencipta makhluk mengikut kehendak dirinya. Tetapi prasangka dan prejudis telah membutakan dirinya dari suatu hakikat bahawa manusia yang paling cerdik hanya mampu mencipta sesuatu daripada ada kepada ada. Namun Tuhan mencipta sesuatu dari tiada kepada ada. Sesuatu yang mustahil bagi manusia, walaupun sekadar sebelah kepak nyamuk!

HATI SEJAHTERA SEORANG MUKMIN

Manakala bagi seorang mukmin yang memiliki hati yang sejahtera, hatinya akur, tunduk dan patuh kepada segala ketetapan Allah SWT. Keputusan Al-Quran dan Sunnah NabiNya diterima dengan hati yang tunduk pasrah dan tidak lagi berbantah-bantah dan mempersoalkan “kenapa mesti aku?”, “kenapa mesti begitu” dan sebagainya.

Mungkin hati yang sejahtera inilah yang gagal dimiliki oleh seseorang yang terlalu gemar mempersoalkan suruhan dan larangan Allah ke atas dirinya. Hatinya bukan hati seorang hamba, kerana fitrah seorang hamba adalah akur sahaja kepada suruhan tuannya. Hamba Allah berasa gembira, sejahtera dengan segala apa yang diperuntukkan Allah kepadanya. Jika lelaki diwajibkan dan digesa solat berjemaah di masjid, hatinya dengan ghairah mahu patuh kerana penyerahan hatinya kepada Allah menjadikan dirinya terbuka untuk “menerima apa sahaja” dan diperlakukan semahunya oleh Tuan iaitu Tuhannya.

Namun, seorang hamba yang hilang sifat kehambaan, lebih suka mencari hak-hak untuk manfaat dirinya berbanding dengan peranan dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Sering mencari “APA UNTUK AKU” dan lupa kepada “AKU UNTUK APA”.

Hati yang sejahtera, adalah hati yang tidak malas dari beribadah. Ia adalah hati yang bingkas bangun ketika mendengar seruan Allah. Ia bukan hati nifaq yang bangun mendirikan solat dengan penuh rasa malas, serta amat sedikit mahu ingat kepada Allah Tuhannya [AL-Nisaa; 4: 142]

Hati yang sejahtera ini jugalah yang melahirkan suatu keazaman yang kukuh umpama keazaman Ulul Azmi seperti Ibrahim Alayhi as-Salaam yang melaksanakan perjuangannya di Iraq, Palestin, Mesir dan Hijaz dengan penuh sabar, ta’aluq cintakhullah yang mutlaq kepada Allah SWT.

Sesungguhnya hati yang sejahtera ini adalah hati yang berjaya memenuhi tujuan penciptaannya iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

MENGAPA HATI?

Manusia itu memiliki pelbagai unsur di dalam dirinya. Manusia itu adalah kombinasi tubuh badan fizikal, akal, nafsu dan hati. Namun keseluruhan kerajaan diri manusia itu, rajanya adalah hati. Akal yang beroleh maklumat menghasilkan ‘tahu’. Akan tetapi manusia tidak bertindak mengikut apa yang dirinya tahu. Pengetahuan tidak menjana tindakan apatah lagi untuk tindakan itu sampai menjadi tabiat atau sikap yang konsisten. Lazimnya manusia akan bertindak berdasarkan kepada kehendak hatinya. Hati itu akan membuat keputusan atas nasihat sama ada oleh akal atau sebaliknya, nafsu.

Maka segala perlakuan manusia itu, sebenarnya adalah natijah kepada kerja hati dan bukannya kerja akal. Dengan demikian itu, amat wajarlah untuk hati menjadi fokus. Ia tempat jatuh pandangan Allah, ia tempat terbit perilaku patuh kepada Allah. Maka segala perintah Allah berupa undang-undang, hukum hakam, suruhan dan larangan, semuanya akan muncul dengan titah hati sebagai raja kepada kerajaan diri seorang insan. Jika hatinya mengikut akal yang terpimpin oleh wahyu, terbentuk dengan ‘rasa’ yang terbit dari ketundukan nafsu, maka terbitlah taat dan istiqamah di dalam melaksanakan perintah Allah. Sesungguhnya taat atau maksiat, sangat bergantung kepada tahap kesejahteraan hati seorang manusia. Manusia yang bertemu Allah dengan membawa hati yang sejahtera adalah manusia yang mempersembahkan pita rakaman kepada segala ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah semasa menunaikan kewajipan hidup di dunia.

HATI YANG SEJAHTERA DI AKHIRAT

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera” [AL-Shu'araa' 26: 88-89]

Alam Mahsyar adalah alam penilaian terhadap manusia. Ia adalah hati pengisytiharan keputusan bagi ujian yang telah ditempuhi oleh manusia semasa hidupnya di dunia. Seandainya manusia hidup di dunia dengan berbekalkan hati yang sejahtera, maka hati itulah yang akan menjadi persembahannya kepada Allah di akhirat.

Prasangka manusia terhadap peri pentingnya harta dan anak-anak semasa hidup di dunia, akhirnya akan dihadapkan kepada kenyataan bahawa semuanya tidak bermanfaat lagi, kecuali bagi yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. Hati yang sejahtera di dunia, akan menguruskan harta sebagai amanah Allah, lantas segala tuntutan dan tanggungjawab infaq ditunaikan. Hati yang sejahtera di dunia juga, akan menguruskan anak-anak sehingga terdidik dan membesar sebagai manusia soleh dan bertaqwa, memiliki hati-hati yang juga sejahtera kepada Allah.

Maka hati yang sejahtera di akhirat, adalah indikasi kepada nilai amalan seseorang. Hiduplah di dunia ini dengan hati yang sejahtera, dan temuilah Allah di alam mendatang juga dengan hati yang sejahtera, kerana di situlah letaknya kebahagian dan keselamatan yang kekal abadi.

Itulah hati seorang IBRAHIM, yang kita tinggikan namanya pada hening AIDILADHA ini.



ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Kota Kinabalu, Sabah

14 April 2005

AKHIR KALAM

Kisah Nabi Ibrahim dan ibadah korban kerap kali diulangi, dinukilkan dan dikisahkan untuk peringatan kita. Sesungguhnya kita terkadang terlupa dan terleka, dan mungkin bagi antara kita sudah hilang erti Aidiladha yang mungkin cuma menjadi satu hari yang tiada bezanya dengan hari lain. Dan mungkin juga antara kita hanya melihat satu rutin di Hari Raya Aidiladha dengan bersembahyang sunat Aidiladha dipagi hari, melihat lembu kerbau kambing dikorbankan dan dapat daging “free”.


Apakah nilai Aidiladha kini? Apakah kita betul-betul menghayati erti Aidiladha?



Barisan MT dan EXCO Kelab Fasilitator APIUM Nilampuri mengucapkan Salam Aidiladha 1431 H kepada semua pensyarah,ahli-ahli kelab semester 2 
dan 4, dan tidak dilupakan juga kepada seluruh warga APIUM
 Nilampuri serta Muslimin Muslimat di seluruh Malaysia.
كل سنة وأنتم طيبين