Sahabat

Tuesday, October 26, 2010

| Sukan Tahunan SRIQ |

Pada 31 Julai 2010 yang lalu, seramai 10 orang ahli Kelab Fasilitator telah menyingsing lengan berkhidmat menyumbangkan secebis tenaga untuk membantu guru-guru Sekolah Rendah Islam Al-Qari, (SRIQ) Kubang Kerian,Kelantan melangsungkan sukan tahunan. Sukan tahunan tersebut telah dilangsungkan di Sekolah Kebangsaan Pasir Hor,Kelantan.

Yang lebih istimewanya, salah seorang pensyarah APIUM NILAMPURI Dr Ahmad Najib bin  Hj Abdullah adalah pengerusi lembaga SRIQ. Fasilitator yang terlibat sedikit terkejut dengan kehadiran Dr Najib pada awalnya.Setelah dirisik barulah diketahui bahawa SRIQ itu adalah kepunyaan keluarga Dr Najib.Subhanallah.KAGUM!

Majlis sukan tersebut dimulai pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari. Masuk ke kandang kambing mengembek masuk ke kandang lembu menguak. Diibaratkan begitulah situasi fasilitator yang hadir menghulurkan tangan pada hari tersebut. Fasilitator perlu masuk kedunia kanak-kanak bagi melancarkan perjalanan sukan tersebut.

Berikut adalah detik-detik yang sempat dirakamkan oleh fasilitator.





























Dr Najib memberi ucapan perasmian penutup
Fasilitator bersama Dr Ahmad Najib


Monday, October 25, 2010

Saturday, October 23, 2010

motivasi : exam oh exam...


exam dengan mengira smarties
*khas untuk pelajar SMAI(Sabah),SMKAK(kedah), dan SMK Mulong 
Ada orang buat request artikel berkenaan peperiksaan. Hem. Jadi saya fikir, saya buat satu post berkenaan dengannya. Dengar kata, musim exam sudah semakin hampir untuk pelajar-pelajar universiti di Malaysia. Yakah? Saya dengar sahaja. Sebenarnya, Jordan pun sudah hendak mula exam. Tetapi saya biasanya tak fikir sangat periksa. Namun itu tidaklah menjatuhkan martabat kepentingan peperiksaan. Periksa tetap penting. Walaupun saya tak fikir sangat fasal periksa.

Sekadar teringat akan bicara Ibrahim Jawarneh.
Satu hari, semasa keputusan imtihan awwal(peperiksaan pertama) bagi maddah(pelajaran) Fiqh Ibadat 2 keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah. Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas. Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah: “Antum allaziina la yakhafuunallah!” Atau dalam bahasa melayunya: “Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!” Ayat itu keluar, atas sebab markah peperiksaan kami yang rendah pada hari itu.

Apa kaitan tidak takutkan Allah, dengan markah rendah dalam peperiksaan?
Ada pelajar arab marah dengan ‘tuduhan’ itu. Apa kaitan markah peperiksaan, dengan keimanan kepada Allah? Tidak takutkan Allah adalah tuduhan yang berat sebenarnya. Tetapi Dr Ibrahim Jawarneh tetap dengan kata-katanya. “Pelajaran kamu semua adalah amanah. Kamu bermain-main dalam pelajaran kamu. Sebab itu kamu dapat markah yang rendah!” Maka ada pelajar arab yang lain berkata: “Soalan kau yang susah sangat!”Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Soalan yang mana? Tunjukkan pada aku!” Bila pelajar arab itu menunjuk, maka Dr Ibrahim Jawarneh membuka kitab dan menunjukkan jawapan. “Bukankah jawapannya di sini? Apa yang susahnya? Apakah kamu tidak membaca buku dengan baik?” Pelajar itu diam.

Seorang pelajar lagi berkata: “Kau ajar, kami tak faham. Uslub kau susah!” Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Apakah kau pernah datang ke bilik aku dan suruh aku terangkan semula apa yang kau tidak faham? Tidak pernah bukan?” Pelajar itu diam. Ada pelajar berkata: “Yang soalan ini kau tidak ajar pun!” Dr Ibrahim Jawarneh menjawab: “Benarkah? Atau kau yang ponteng kelas pada hari itu?” Pelajar itu diam. Akhirnya Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Kamu semua, bermain-main dalam pelajaran kamu. Kamu tidak menuntut ilmu dengan serius. Ini adalah amanah! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!” Dan tiada siapa lagi yang bersuara.

Penutup: Kalau kamu takutkan Allah, kamu studi sungguh-sungguh.
Sebenarnya, apa yang saya nak bawakan bukanlah peperiksaan sangat. Yalah. Apa guna saya cakap fasal peperiksaan kalau studi pun tidak sungguh-sungguh. Pokok pangkalnya pun, kalau saya hendak cakap fasal peperiksaan, tetap saya kena cakap fasal studi sungguh-sungguh bukan? Apa tips menghadapi peperiksaan yang lebih baik dan lebih penting dari studi sungguh-sungguh?

Fahamkah kamu maksud ayat ini: “…kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Surah Ali Imran ayat 159. Mengapa selepas berazam, terus disebut tawakkal? Di manakah ‘usaha’? Ahah! Apakah yang Allah mahu tunjukkan ini? Maksudnya, sebaik sahaja sudah berniat untuk mendapatkan sesuatu(dalam hal kita ini adalah score exam), maka tawakkal sudah bermula ketika itu juga. Apakah tawakkal? Adakah tawakkal ini maksudnya berlepas tangan dan berdoa semata-mata? Tidak. Tidak dan tidak. Tawakkal itu termasuklah usaha. Usaha kita adalah satu tawakkal juga. Tidakkah anda melihat?

Friday, October 22, 2010

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MERAH,KELANTAN

sini tempatnya
Bukit Bakar,Machang,Kelantan – Pada 20-22 Oktober, mahasiswa dari Akademi Pengajian Islam Inversiti Malaya,Nilam Puri,Kelantan dijemput untuk menjadi fasilitator untuk program tersebut. Program ini dihadiri oleh 37 orang pelajar lelaki dan 24 orang perempuan. Kesemua mereka terdiri daripada pelajar tahun enam yang baru selesai UPSR. Untuk pengetahuan, kebanyakan fasilitator berdebar memandangkan ini kali pertama mereka menjadi fasilitator. Kehadiran kami disambut meriah oleh adik-adik yang menyertai program. Terasa gembira dan terharu dihati apabila disambut dengan meriah. Kami disambut oleh Cikgu Rosmani, Cikgu Hayati dan peserta perempuan.  
perasmian
Acara dewan bermula jam 10 pagi sebaik sahaja dewan dipenuhi ibu bapa. Program ini dinamakan KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT KALI KE-4. Program ini dirasmikan oleh Guru Besar,Cikgu Muhammad. Turut dinyatakan dalam ucapan beliau ialah objektif utama program ini. Antaranya ialah untuk memperbaiki bacaan solat peserta. Untuk makluman semua kami diberitahu secara purata 30% sahaja yang faham tentang solat dan kaifiatnya. Selain daripada itu,program ini adalah persediaan utk peserta melangkah ke alam remaja yang penuh cabaran. Acara dewan tamat sekitar jam 12 tengah hari.
Aktiviti bermula pada jam 2 petang. Fasilitator diperkenalkan kerana ‘tak kenal maka tak tahu”. Seterusnya dimulakan dengan pembahagian kumpulan. Sebanyak 9  perempuan dan 5 lelaki daripada UM yang menjadi fasilitator pada program tersebut. Pada mulanya susah sedikit untuk mendapat tindakbalas daripada peserta. LDK pertama ini barangkali untuk mengenal peserta dahulu. Macam-macam cerita yang kami dapat. Kawasan ini dekat kampung berdekatan dengan Bukit Bakar dan banyak aktiviti yang tidak sihat berlaku di kawasan tersebut. Kecil-kecil lagi sudah tededah kepada perkara munkar. Sepatutnya diawal pembinaan kanak-kanak mereka patut didedahkan dengan perkara-perkara yang soleh tetapi ini yang berlaku sebaliknya.
Pasa sebelah malam peserta diisikan dengan tazkirah oleh saudara Fikri.Malam tersebut peserta disajikan dengan lagu tema. Antaranya Faizal Tahir(Gemuruh) dan UNIC(Jalinan). Peserta lelaki dibenarkan tengok bola melibatkan Kelatan vs Kedah. Al-Maklum pesertanya dari Kelantan. Fasilitator diberi layanan yang baik. Terharu pun ada. Cikgu-cikgu dekat situ sanggup bawa cadar, selimut, bantal, toto dari rumah. Kami tidur siap dengan penyaman udara pulak.
21/10/2010(Khamis)
sujud elok2 cki...
Aktiviti bermula dengan solat suboh jamaah dan tazkirah. Pagi tersebut sekitar jam 8 pagi LDK kedua bermula. LDK ini melibatkan wudu dan perkara yang berkaitan dengan solat . Selepas zohor boring penilaian diagihkan kepada peserta. Mana-mana peserta yang gagal akan diletakkan dalam kelas pemulihan. Ada dikalangan peserta yang menangis sebab kawan-kawan dia yang lain sudah lepas ujian penilaian. Penat juga nak pujuk.
Lepas asar peserta lelaki didenda sebab banyak main jadi kelebihan kepada peserta perempuan sebab kami dapat main  dekat padang. Padan muka.hehe. Dia orang kena hafal ayat-ayat dalam solat.
Lepas Isya’ aktiviti diteruskan dengan malam muhasabah.Ramai yang menangis tetapi itu bukan matlamat kami. Yang penting bila tengok adik-adik menangi kami tahu bahawa hati mereka masih lembut dan mudah disentuhs isya’. Lepas habis sesi muhasabah, adik-adik pergi makan. Habis makan peserta-peserta kena denda dengan Cikgu Rosmani. Semua kena ingat bacaan dalam solat. Tapi kasih cikgu kepada anak muridnya menyebabkan mereka dibenarkan tidur selepas melihat mata peserta kemerahan. Malam itu kebanyakan fasi tak tidur di bilik sebab sayang dengan adik-adik(caring)..
Hari Terakhir Program
Esok pagi kami bincang dengan C.Rosmani. Hasilnya, peserta yang banyak mengusai kemahiran solat diasingkan. Ada yang lemah dan kuat penguasaannya. Sekitar jam 3,30 petang aktiviti penutup bermula. Pengerusi Majlis penntupan ialah saudara Syakirin. Turut memberi ucapan adalah saudara Fikri sebagai wakil fasilitator.Berdasarkan pemerhatian 80 peratus berjaya kuasai cara untuk solat dan wudu’. Tiba di Nilam Puri sekitar jam 6 petang.
Disediakan oleh Siti Hajar(ahli kelab Fasilitator)

Saturday, October 16, 2010

BERSAMA PENULIS MUDA


Rabu, 7 Julai 2010: bertempat di Dewan Kuliah 1, telah berlangsung perkongsian bersama penulis muda yang bernama Hilal Asyraf. Beliau dijemput untuk menyampaikan dan berkongsi pengalaman beliau di medan penulisan. Program ini disasarkan kepada mereka yang meminati bidang penulisan. Sasaran peserta terhad kepada 40 orang sahaja tetapi peserta yang hadir melebihi jangkaan.

Perkongsian ini berlangsung selama 2 jam. Beliau menegaskan didalam perkongsian beliau bahawa kejelasan niat dalam menulis perlu jelas.Kita menulis adalah senjata untuk menguasai hati manusia tetapi bersyarat. Hubungan dengan allah mesti kuat.

Program berakhir jam 12 tengah hari. Cenderahati disampaikan oleh Timbalan Presiden Kelab Orator dan kesenian Islam Universiti Malaya.
bergambar bersama peserta muslimin

Penulis boleh dihubungi di web beliauhttp://ms.langitilahi.com/

Untuk perkongsian lengkap sila layarihttp://yaquthulaif.blogspot.com

disediakan shairazi bin sharizan

MALAM PENGENALAN KELAB APIUM,NP

berbinccang sesuatu

24 MEI 2010- Bertempat di Dewan Kuliah 1 dan 2 telah berlangsung satu program pertama bagi kelab-kelab di APIUM,NP.Antara kelab yang terlibat ialah Kelab Orator dan Kesenian Islam,Kelab Fasilitator serta Kelab Silat Cekak Hanafi.Turut hadir pada malam tersebut ialah Ust Khairul Akhbar b Jahiruddin bagi mewakili Timbalan Pengarah yang tidak dapat hadir atas sebab tertentu dan YDP silat Cekak Hanafi Kelantan sebagai tetamu jemputan.

Majlis tersebut dipengerusikan oleh saudara Mohd Fikri bin Mohd Arit.Majlis bermula jam 9.30 malam kerana terdapat sedikit masalah yang asalnya akan dibuat di dewan Johor tetapi dipindah ke dewan kuliah kerana dewan tersebut akan digunakan oleh pihak lain.

Bermulanya dengan ucapan aluan daripada Ustaz Khairul Akhbar yang mengharapkan agar mahasiswa menyertai kelab tetapi jangan sampai mengabaikan pelajaran masing-masing.Antara lain perkara yang diucapkan oleh Ustaz Khairul Akhbar ialah mengharapkan mahasiswa agar menggunakan kelab sebagai salah satu wadah untuk meningkat kemahiran soft skill,pengucapan,kemahiran kendiri,kerja berpasukan dan sebagainya.
mahasiswa yang hadir...

Program tersebut diteruskan lagi dengan persembahan video kelab Orator dan kelab Fasilitator.Video persembahan yang ditayangkan menarik perhatian mahasiswa kerana melihat aktiviti yang ditayangkan pada semester lepas.Turut diselingkan muzik-muzik yang mencuit hati seperti lagu rasmi piala dunia.

Persembahan kelab diteruskan lagi oleh Persatuan Silat Cekak Hanafi yang membariskan 8 panglima hitam mereka yang siap untuk bertempur pada malam tersebut.Turut diperkenalkan juga buah-buah yang menarik untuk mempertahankan diri.Antara perkataan yang dihafal mahasiswa  pada malam tersebut ialah  ADA LAGI!!!Menjadi bahan ketawa pada malam tersebut.Demontrasi silat berlangsung selama 15 minit.Untuk pengetahuan kelab Silat Cekak Hanafi akan menyertai pertandingan yang akan berlangsung di Kedah.
*video silat malam tersebut ada rakamannya.

Majlis berakhir pada jam 10.40 malam.Kaunter pendaftaran ahli baru turut dibuka pada malam tersebut.Moga dengan kedatangan ahli baru dapat merealisasikan aktiviti kelab masing-masing.Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli kelab yang membantu pada malam tersebut.

disediakan Shairazi b Sharizan (ahli kelab fasi)

Tuesday, October 12, 2010

| MAHABBAH 10 |




ALHAMDULILLAH. Pada 7 hingga 9 Oktober 2010 yang lalu, Kelab Fasilitator telah berjaya menganjurkan satu lagi program yang dinamakan MAHABBAH 10  bertempat di Kem Jeram Mengaji, Pasir Putih Kelantan Darul Naim. Hadaf utama MAHABBAH 10 dianjurkan adalah untuk meraikan ukhuwah bersama ahli-ahli baru Kelab Fasilitator. 

Bersesuaian dengan tema MAHABBAH 10, Ukhuwah Terpatri Alam Dihayati, pemilihan tempat yang berlatarbelakangkan bukit bukau yang menghijau mendamaikan setiap mata yang memandang serta deruan air terjun yang tidak jemu-jemu mengalir seolah-olah membawa jauh fikiran para peserta daripada dunia pen dan kertas.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa semester 1 dan 3 telah menyertai program ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya meredah hutan,lawatan ke ladang tenusu,LDK,BBQ,iron chef dan macam-macam lagi.

Program dimulai dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) iaitu Team Building. Setelah dibahagikan kumpulan,setiap kumpulan diberi senaskhah surat khabar dan sedepa salotip, mereka diminta untuk mencipta apa-apa rekaan yang berunsur islamik dan seterusnya membuat promosi tentang produk yang dihasilkan. Pelbagai ciptaan telah terbentuk hasil rekaan idea-idea bernas.Dan disini satu lagi hadaf telah tercapai dimana ingin menjana daya mentaliti ahli fasilitator yang kreatif dan inovatif.

Satu slot pengisian ilmiah bersama Saudara Ali Irfan Jamaluddin iaitu pensyarah muda yang diimport khas dari Kolej Teknologi Darul Naim di dalam Slot Fasilitator Berkesan dan Kepimpinan.Kata beliau yang lebih mesra menggunakan dhomir Abang , seorang fasilitator adalah khodimul ummah iaitu pelayan masyarakat. Dan seorang fasilitator itu bersedia untuk dilatih dan menerima arahan. Terdapat banyak lagi perkongsian yang dikongsikan oleh abang Ali Irfan hingga 2 jam yang diperuntukan terasa seperti 2 minit sahaja. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Abang A'li I'rfan kerana sudi meluangkan masa bersama Kelab Fasilitator dan diatas ilmu yang dicurahkan.

Aktiviti seterusnya ialah explorace dan meredah hutan.Hadaf disini pula ialah untuk melahirkan fasilitator yang aktif rohani dan jasmani. Seinifiniti tasbih dan tahmid diungkapkan takala melihat pelbagai tumbuhan hidupan yang hidup di dalam hutan simpan Bukit. Berbagai jenis tumbuhan herba diperkenalkan kepada peserta antaranya Serapat, Kacip Fatimah, Tongkat Ali dan lain-lain. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Guider Ayah Li yang menjadi jurupandu dan kerana kesudian beliau berkongsi ilmu tentang tips jika tersesat di dalam hutan, khasiat herba-herba, dan banyak lagi. 

Selain membina ukhuwah sesama manusia, peserta juga berpeluang untuk membina ukhuwah bersama lembu. Lembu?? Ya lembu. Untuk pengetahuan semua, berdekatan dengan Kem Jeram Mengaji terdapat Ladang Tenusu.Ala-ala berada di Newzealand pun ada :p. Disini peserta mendapat pelbagai ilmu tentang binatang berkaki empat ini. Misalnya lembu akan membunting selama 9  bulan 10 hari. Sama sperti manusia kan? Bukan itu sahaja, peserta juga mendapat pelbagai info berkaitan dengan cara penternakan lembu bermula dari lahirnya anak lembu hingga anak lembu tersebut bunting semula.

Bibit-bibit ukhuwah juga jelas terpancar dan terserlah semasa berada di aktiviti kemuncak  iaitu Iron Chef. Setiap kumpulan diberi beberapa bahan masakan dan diminta untuk memasak bahan-bahan tersebut mengikut kreativiti masing-masing dengan sepenuh kasih sayang dan yang terbaik dalam hidup. Tidak dapat dinafikan kerjasama dan toleransi sangat diperlukan bagi melicinkan lagi aktiviti ini. Seterusnya peserta diminta untuk menghias masakan secantik-cantiknya bertujuan untuk menarik hati para juri.

Gambar-gambar yang sempat disnap untuk dijadikan kenangan.

TEAM BUILDING

Jam gergasi
Selipar ajaib

Topi keledar tercanggih

Handset raksasa
Kapal perang
CS weapons


Topi berpayung

SLOT FASILITATOR BERKESAN DAN KEPIMPINAN

Abang A'li I'rfan
Tomoi siam
Terhibur dengan perkongsian yang disampaikan


EXPLORACE

 Ulat gonggok lelaki
 Ulat gonggok perempuan
Scuba diving

MEREDAH HUTAN


Bersama Ayah Li
Peserta Muslimat yg gagah :p


Mengahayati alam
Herba Serapat


LAWATAN LADANG TENUSU

Berukhuwah bersama lembu
Kusyuk mendengar taklimat

Wajah penuh kepuasan berjumpa sahabat baru


IRON CHEF



Dont disturb me!
Menunjukkan bakat masing2




Antara hidangan yg siap dimasak
Cantikkan hiasannya?
Peserta muslimat

Peserta muslimin