Sahabat

Tuesday, June 26, 2012

MALAM PENGENALAN KELAB APIUM,NP 2012/2013

IKLAN UNTUK PENGENALAN KELAB

23 JUN 2012- Bertempat di Dewan Kuliah 2 telah berlangsung satu program pertama bagi kelab-kelab di APIUM,NP.Antara kelab yang terlibat ialah Kelab Orator dan Kesenian Islam,Kelab Fasilitator ,Kelab Silat Cekak Hanafi serta Gerakan Pengguna Siswa(GPS).Turut hadir pada malam tersebut ialah Ustaz Nor Hazrul Bin Mohd Salleh bagi merasmikan program ini dan YDP silat Cekak Hanafi Kelantan sebagai tetamu jemputan.

Majlis tersebut dipengerusikan oleh saudara Hassan Basri Bin Soidin.Majlis bermula jam 9.30 malam .Bermulanya dengan ucapan aluan daripada Ustaz Nor Hazrul Bin Mohd Salleh  yang mengharapkan agar mahasiswa menyertai kelab tetapi jangan sampai mengabaikan pelajaran masing-masing.Antara lain perkara yang diucapkan oleh Ustaz Nor Hazrul Bin Mohd Salleh ialah mengharapkan mahasiswa agar menggunakan kelab sebagai salah satu wadah untuk meningkat kemahiran soft skill,pengucapan,kemahiran kendiri,kerja berpasukan dan sebagainya.

Program tersebut diteruskan lagi dengan persembahan video kelab Orator, kelab Fasilitator dan Gerakan Pengguna Siswa .Video persembahan yang ditayangkan menarik perhatian mahasiswa kerana melihat aktiviti yang ditayangkan pada semester lepas.Turut diselingkan muzik-muzik yang mencuit hati.

Persembahan kelab diteruskan lagi oleh Persatuan Silat Cekak Hanafi yang membariskan 8 panglima hitam mereka yang siap untuk bertempur pada malam tersebut.Turut diperkenalkan juga buah-buah yang menarik untuk mempertahankan diri.Demontrasi silat berlangsung selama 15 minit.


BERATUR CEPAT...NAK DAFTAR NIE

Majlis berakhir pada jam 11.30 malam.Kaunter pendaftaran ahli baru turut dibuka pada malam tersebut.Senarai nama yang kami terima untuk pendaftaran baru bagi semester 1 seramai 94 akhowat dan 56 ikhwah.Moga dengan kedatangan ahli baru dapat merealisasikan aktiviti kelab masing-masing terutamanya bagi kelab fasilitator.Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli kelab yang membantu pada malam tersebut.


TENGOK SENARAI TU..RAMAIKAN??


1 comment: