Sahabat

Monday, April 11, 2011

SMKA ARAU

  PEARL .....

25 hingga 27 Mac 2011 baru-baru ini,Kelab Fasilitator sekali lagi berkesempatan menjayakan satu program  di SMKA Arau,Perlis.. Pada kali ini kami bersama dengan para peserta daripada tingkatan 2. Sambutan awal daripada para peserta seperti biasa menunjukkan rasa bosan. Ada di antara mereka mengatakan sudah pernah menghadiri program seperti ini tapi tidak memberi apa-apa. Kami menganggap itu satu cabaran buat kami dan kami menjanjikan kelainan dengan program yang diberi nama PEARL, Programme Of Excellent Academic And Moral.

Bermula aktiviti malam itu iaitu Ice-breaking & “Bendera Kita”. Peserta dibahagikan kumpulan dan setiap kumpulan hendaklah mencipta bendera dan trademark masing-masing. ..”Heran xheran, cuak xcuak,gentar xgentar, bisa bisa bisa, kasi sampai GEMPAK!!”. Itulah antara trademark yang paling popular. Memang gempak adik-adik peserta malam itu. Melalui ice-breaking ini,para peserta mula serasi dengan kami. Pendek kata,senang bergaul.

Keesokan paginya, peserta menadah telinga mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh guru counselor A.Arau. Beliau telah berkongsi beberapa tips untuk menjadi pelajar bermotivasi dan berkredibiliti. Banyak input berguna yang boleh diambil, bukan sahaja untuk peserta,juga para fasilitator. LDK 1 adalah Final Fantasy.  Disini adik2 peserta disediakan satu kertas A4 yang mempunyai 4 ruangan dan fasilitator akan memberi arahan kepada peserta supaya melukis suatu gambar dalam empat keadaan. Hasilnya,bermacam-macam rupa bentuk gambar yang dilukis, yang tak nampak rupa bentuk pun ada. Resolusinya, apa yang diajar di dalam kelas, hendaklah terus bertanya sekiranya tidak faham. Perlu fokus dan jangan sekali kali ponteng kelas.

LDK seterusnya adalah 3 in 1. Sepanjang program ini dijalankan, para peserta diisikan dengan permainan Ideologi dan Tak Kenal Maka Tak Cinta yang memerlukan peserta berfikir dan merenung tentang apa yang berlaku di sekeliling kita.  Pengaruh budaya yang menular secara halus. Begitu jugak game Acu Cuba Try Test yang menggalakkan peserta mengaplikasikan segala teknik yang dipelajari dalam kelas. Kalau tak, impian hanya tinggal impian semata2 kalau kita tak bertindak.
Pada sebelah malamnya,diadakan Malam Muhasah Diri. Alhamdulillah, elemen kerohanian mudah disuntik ke dalam diri para peserta.  Hati mereka mudah dijinakkan. Ramai lah yang mengalir air mata pada malam tu. 

Hari terakhir berkampung di sana, sangat seronok rasanya bagi adik-adik peserta bila dapat jalankan aktiviti Explorace. Mana taknya dapat jugak main bersama fasilitator-fasilitator.Untuk explorace kali ini, para peserta perlu melaksanakan tugasan yang diberi oleh fasi-fasi yang mengendalikan  setiap enam checkpoint.  Menyanyi, merentas halangan,tarzan dan macam2 la yang perlu dilakukan bagi melepasi setiap checkpoint tersebut. S.E.R.O.N.O.K.  seronok seronok jugak, setiap tugasan yang diberi ada resolusinya tersendiri. Peserta-peserta begitu aktif , ada saja idea dan buah fikiran yang dapat dikongsi  daripada explorace ini. Usai majlis penutupan perasmian dan tayangan video sepanjang program dijalankan,maka berakhirnya Program PEARL’11  di SMKA Arau. Faslilitator bergerak ke Langkawi.  

Rasa hiba melanda di hati kami. Walaupun tak sepanjang  masa kami bersama mereka, kami dapat merasakan ada satu ikatan yang rapat telah wujud. Mudah-mudahan adik2 peserta SMKA Arau menikmati kemanisan iman sepanjang program dijalankan. Moga ketemu lagi.. Jadilah kalian insan biasa yang bisa mengegarkan dunia. PEARL ’11 dalam kenangan..

(¯`♥´¯) ..•*¨`* ܓ
´*.¸.•´♥`
•ʚįɞ`·.·´♥♥♥
 selepas PEARL, kami pergi ke Langkawi pula..

 POTRET SEPANJANG PROGRAM

PENDAFTARAN

kerja kak oi,,jgn asyik bergambar je..

penghulu kita"kecil tapi jiwa besar"


LDK

serasi nie
kak!tumpu kat adik2 jgn tgk camera

nak lukis ape ya?
bincg ngn kumpulan ke bersembang?
 CERAMAH MOTIVASI

sape suro lambat datang program.kan kne denda

guru kounselor A.Arau
MALAM INTROPEKSI DIRI

sabar dik

lama tak main lilin nie.PELUANG2X


cuci-cuci


EXPLORACE

check point sesat nie...hati-hati
pegangkuat-kuat!nanti tersembam



kene denda lagi.kesian


MAJLIS PENUTUPAN 
kakak-kakak fasi yang ceria

abg-abg fasi yg smart  

terkenang saat menjadi pengarah dulu,masa zaman muda-muda


aku cameraman profesional
fasilitator dan pengetua
disediakan: NAZIRAH

1 comment:

  1. semua ni junior sy.. muka2 yg suci bersih.. harapnya apabila keluar dari situ, semuanya dapat kekalkan nur islam di wajah masing2.. kekalkan identiti BERAGAMA. Insya-Allah,,

    ReplyDelete