Sahabat

Tuesday, November 16, 2010

| Salam Aidiladha |

''Selawat Allah ke atas junjungan Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana selawat-Mu ya Allah ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.''bicara tasyahud saban masa.

''Kami berpagi-pagian di atas fitrah al-Islam, dan kalimah al-Ikhlas, dan agama Nabi kami Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam, dan di atas jalan agama Ibrahim yang Haneef, tidak sekali-kali baginda itu dari kalangan manusia yang menyekutukan-Mu”, zikir kita mengiring terbitnya fajar pagi.

Ibrahim bapa sekalian Anbiya’.

Aidiladha mengangkat syiar memperingati pengorbanan dan kemuliaannya.

Ibrahim pemilik Hati yang Salim.

Hati yang sejahtera.

QALBUN SALIM

Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran tentang hati yang sejahtera  sebanyak dua. Sebutan yang pertama adalah berkenaan dengan hati yang sejahtera di dunia, manakala sebutan yang kedua menyentuh tentang Akhirat.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Saafaat [37: 83-84] yang bermaksud :
 “Dan di antara golongan yang mendokong (seruannya  Nuh) itu adalah Ibrahim. Iaitu tatkala beliau mendatangi Tuhannya dengan membawa hati yang sejahtera”

Ayat ini dinyatakan oleh Allah SWT berkenaan dengan titik tolak Ibrahim Alayhi as-Salaam mencari kebenaran, melukis garis pemisah dirinya dengan syirik bapa dan kaumnya, serta asas perjuangan Baginda AS sebagai seorang Rasul.

Firman Allah SWT lagi di dalam surah al-Shu’araa’ [26: 88-89] yang bermaksud :
 “Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera”

Ayat kedua ini pula menyatakan tentang kemutlakan hati sebagai satu-satunya bekalan bermanfaat yang dibawa oleh seseorang semasa mengadap Allah Azza wa Jalla di hari Akhirat nanti.

HATI YANG SEJAHTERA

Ia adalah terjemahan Bahasa Melayu kepada istilah asalnya Qalbun Salim…. Hati yang bernilai tinggi itu diistilahkan sebagai hati yang ‘Saleem’. Ia berasal daripada perkataan umbi Sa-Li-Ma… yang menghasilkan makna linguistik:
i. Selamat
ii. Penyerahan / kepasrahan / keakuran

Oleh yang demikian, hati yang sejahtera ini terbentuk dengan asasnya yang utama iaitu penyerahan dan ketundukan yang mutlak kepada Allah SWT. Justeru itu hati yang sempurna tidak disebut sebagai ‘hati yang bahagia’ atau (Qalbun Sa’eed), bahkan tidak juga ‘hati yang sihat’ atau (Qalbun Saheeh)! Ini adalah kerana, kedua-kedua karakter itu hanyalah serpihan daripada makna yang terkandung di dalam pengertian hati yang sejahtera (Qalbun Saleem).

Memahami maksud yang terkandung di dalam makna hati yang sejahtera adalah amat penting kerana ia adalah kesimpulan kepada bekalan hidup dan bekalan akhirat. Bagi kehidupan di dunia, Allah SWT menyatakan bahawa, Ibrahim Alayhi as-Salaam, khalilNya, mencari Rububiyyah dan Uluhiyyah, menggariskan kebenaran dan menetapkan langkah di dalam perjuangan Baginda sebagai Rasul dengan berbekalkan hati yang sejahtera.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan di antara golongan yang mendokong (seruannya Nuh) itu adalah Ibrahim. Iaitu tatkala beliau mendatangi Tuhannya dengan membawa hati yang sejahtera” [Al-Saaffaat 37: 83-84]

HATI YANG SEJAHTERA DI DUNIA

Ulama’ Tafsir telah menghuraikan tentang pengertian atau sifat-sifat yang terkandung di dalam hati yang sejahtera itu. Ia adalah hati yang menyerah kepada Allah, tunduk kepada kehendak dan kemahuan Allah SWT. Apabila hati itu menurut segala kehendak Penciptanya, maka dengan sendirinya ia terpelihara daripada segala yang mencemari pengabdiannya kepada Allah. Menurut Qatadah, ia adalah hati yang bebas merdeka dari syirik dan nifaq. [Fath al-Qadeer, Ash-Shaukani, j4 ms. 460, Dar al-Kalim at-Tayyib, 1998]

Hati yang bebas merdeka ini adalah hati yang murni dengan fitrahnya. Ia adalah hati yang suci bersih dari syirik yang mengelirukan manusia tentang ketuhanan. Ia juga adalah hati yang lepas bebas dari sifat nifaq yang melahirkan prejudis dan karakter dusta dan menipu. Menipu Alllah sedangkan yang sebenar-benarnya ditipu itu adalah dirinya sendiri.

HATI SEJAHTERA SEORANG YANG MENCARI KETUHANAN

Ibrahim Alayhi as-Salaam mendapat keupayaan untuk menemui jawapannya terhadap ketuhanan kerana Baginda membawa hati yang sejahtera, iaitu hati yang suci dari prasangka. Selepas kukuh berpegang dengan hidayah Allah, hati yang sejahtera itu juga tunduk sepenuhnya kepada ketentuan Allah yang memilih Baginda sebagai Rasul. Baginda tidak mempertikaikan pemilihan itu walaupun dengan ketentuan Allah tersebut, bererti Baginda akan berhadapan dengan musuhnya yang paling sukar iaitu bapanya sendiri, si pengukir berhala. Hati yang sejahtera tidak prejudis atau membantah-bantah ketentuan Allah.

Tegasnya, hati yang sejahtera bagi seorang yang sedang mencari ketuhanan bererti hati yang tiada prasangka atau prejudis terhadap Tuhan. Hati seperti ini adalah kunci utama untuk menemukan pemiliknya kepada kebenaran kerana ia membuka luas-luas pintu kepada segala input untuk dianalisa dengan adil dan saksama. Bagi seorang manusia yang sedang ‘mencari Tuhan’, hatinya tidak boleh prejudis. Prejudis adalah perkataan yang datang dari kalimah Bahasa Inggeris iaitu ‘prejudice‘ yang terbentuk dari dua perkataan iaitu ‘pre’ dan ‘judgement’. Prejudice ini bermaksud membuat keputusan terhadap sesuatu perkara yang sedang di dalam pertimbangan, sebelum sampai kepadanya bukti-bukti dan maklumat yang lengkap. Ia telah membuat sekatan mental, lantas menyempitkan pintu dirinya untuk menganalisa.

Kerana itulah, Allah SWT memilih untuk menjadikan bangsa Arab sebagai kader umat Muhammad SAW yang pertama. Bangsa Arab Jahiliah tidak berpemikiran sebagaimana kaum Rom dan Parsi yang sudah mempunyai mindset berasaskan falsafah dan kepercayaan mereka yang sudah begitu tersimpul dan berakar umbi. Bangsa Arab Jahiliah mensyirikkan Allah dalam bentuk yang mudah, hati mereka senang untuk sampai kepada hati yang sejahtera kerana mereka tidak prejudis kepada ketuhanan. Tiada mulhid atau atheist di dalam masyarakat mereka bahkan semuanya percaya kepada Rububiyyah Allah. Mereka mengiyakan Allah sebagai Tuhan yang menurunkan hujan dan mencipta langit dan bumi. Namun yang masih belum selesai hanyalah Uluhiyyah dan disiplin pengabdian mereka kepada Allah.

Seorang saintis yang luhur di dalam pengkajiannya, akan dengan mudah sampai kepada ‘menemui Tuhan’. Namun bagi saintis yang sudah ada mindset yang prejudis, hatinya akan sentiasa dilarikan daripada akur kepada Allah. Seorang pakar kejuruteraan genetik merasakan kewujudan Tuhan sudah tidak relevan kerana menemui upaya untuk mencipta makhluk mengikut kehendak dirinya. Tetapi prasangka dan prejudis telah membutakan dirinya dari suatu hakikat bahawa manusia yang paling cerdik hanya mampu mencipta sesuatu daripada ada kepada ada. Namun Tuhan mencipta sesuatu dari tiada kepada ada. Sesuatu yang mustahil bagi manusia, walaupun sekadar sebelah kepak nyamuk!

HATI SEJAHTERA SEORANG MUKMIN

Manakala bagi seorang mukmin yang memiliki hati yang sejahtera, hatinya akur, tunduk dan patuh kepada segala ketetapan Allah SWT. Keputusan Al-Quran dan Sunnah NabiNya diterima dengan hati yang tunduk pasrah dan tidak lagi berbantah-bantah dan mempersoalkan “kenapa mesti aku?”, “kenapa mesti begitu” dan sebagainya.

Mungkin hati yang sejahtera inilah yang gagal dimiliki oleh seseorang yang terlalu gemar mempersoalkan suruhan dan larangan Allah ke atas dirinya. Hatinya bukan hati seorang hamba, kerana fitrah seorang hamba adalah akur sahaja kepada suruhan tuannya. Hamba Allah berasa gembira, sejahtera dengan segala apa yang diperuntukkan Allah kepadanya. Jika lelaki diwajibkan dan digesa solat berjemaah di masjid, hatinya dengan ghairah mahu patuh kerana penyerahan hatinya kepada Allah menjadikan dirinya terbuka untuk “menerima apa sahaja” dan diperlakukan semahunya oleh Tuan iaitu Tuhannya.

Namun, seorang hamba yang hilang sifat kehambaan, lebih suka mencari hak-hak untuk manfaat dirinya berbanding dengan peranan dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Sering mencari “APA UNTUK AKU” dan lupa kepada “AKU UNTUK APA”.

Hati yang sejahtera, adalah hati yang tidak malas dari beribadah. Ia adalah hati yang bingkas bangun ketika mendengar seruan Allah. Ia bukan hati nifaq yang bangun mendirikan solat dengan penuh rasa malas, serta amat sedikit mahu ingat kepada Allah Tuhannya [AL-Nisaa; 4: 142]

Hati yang sejahtera ini jugalah yang melahirkan suatu keazaman yang kukuh umpama keazaman Ulul Azmi seperti Ibrahim Alayhi as-Salaam yang melaksanakan perjuangannya di Iraq, Palestin, Mesir dan Hijaz dengan penuh sabar, ta’aluq cintakhullah yang mutlaq kepada Allah SWT.

Sesungguhnya hati yang sejahtera ini adalah hati yang berjaya memenuhi tujuan penciptaannya iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

MENGAPA HATI?

Manusia itu memiliki pelbagai unsur di dalam dirinya. Manusia itu adalah kombinasi tubuh badan fizikal, akal, nafsu dan hati. Namun keseluruhan kerajaan diri manusia itu, rajanya adalah hati. Akal yang beroleh maklumat menghasilkan ‘tahu’. Akan tetapi manusia tidak bertindak mengikut apa yang dirinya tahu. Pengetahuan tidak menjana tindakan apatah lagi untuk tindakan itu sampai menjadi tabiat atau sikap yang konsisten. Lazimnya manusia akan bertindak berdasarkan kepada kehendak hatinya. Hati itu akan membuat keputusan atas nasihat sama ada oleh akal atau sebaliknya, nafsu.

Maka segala perlakuan manusia itu, sebenarnya adalah natijah kepada kerja hati dan bukannya kerja akal. Dengan demikian itu, amat wajarlah untuk hati menjadi fokus. Ia tempat jatuh pandangan Allah, ia tempat terbit perilaku patuh kepada Allah. Maka segala perintah Allah berupa undang-undang, hukum hakam, suruhan dan larangan, semuanya akan muncul dengan titah hati sebagai raja kepada kerajaan diri seorang insan. Jika hatinya mengikut akal yang terpimpin oleh wahyu, terbentuk dengan ‘rasa’ yang terbit dari ketundukan nafsu, maka terbitlah taat dan istiqamah di dalam melaksanakan perintah Allah. Sesungguhnya taat atau maksiat, sangat bergantung kepada tahap kesejahteraan hati seorang manusia. Manusia yang bertemu Allah dengan membawa hati yang sejahtera adalah manusia yang mempersembahkan pita rakaman kepada segala ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah semasa menunaikan kewajipan hidup di dunia.

HATI YANG SEJAHTERA DI AKHIRAT

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera” [AL-Shu'araa' 26: 88-89]

Alam Mahsyar adalah alam penilaian terhadap manusia. Ia adalah hati pengisytiharan keputusan bagi ujian yang telah ditempuhi oleh manusia semasa hidupnya di dunia. Seandainya manusia hidup di dunia dengan berbekalkan hati yang sejahtera, maka hati itulah yang akan menjadi persembahannya kepada Allah di akhirat.

Prasangka manusia terhadap peri pentingnya harta dan anak-anak semasa hidup di dunia, akhirnya akan dihadapkan kepada kenyataan bahawa semuanya tidak bermanfaat lagi, kecuali bagi yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. Hati yang sejahtera di dunia, akan menguruskan harta sebagai amanah Allah, lantas segala tuntutan dan tanggungjawab infaq ditunaikan. Hati yang sejahtera di dunia juga, akan menguruskan anak-anak sehingga terdidik dan membesar sebagai manusia soleh dan bertaqwa, memiliki hati-hati yang juga sejahtera kepada Allah.

Maka hati yang sejahtera di akhirat, adalah indikasi kepada nilai amalan seseorang. Hiduplah di dunia ini dengan hati yang sejahtera, dan temuilah Allah di alam mendatang juga dengan hati yang sejahtera, kerana di situlah letaknya kebahagian dan keselamatan yang kekal abadi.

Itulah hati seorang IBRAHIM, yang kita tinggikan namanya pada hening AIDILADHA ini.



ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Kota Kinabalu, Sabah

14 April 2005

AKHIR KALAM

Kisah Nabi Ibrahim dan ibadah korban kerap kali diulangi, dinukilkan dan dikisahkan untuk peringatan kita. Sesungguhnya kita terkadang terlupa dan terleka, dan mungkin bagi antara kita sudah hilang erti Aidiladha yang mungkin cuma menjadi satu hari yang tiada bezanya dengan hari lain. Dan mungkin juga antara kita hanya melihat satu rutin di Hari Raya Aidiladha dengan bersembahyang sunat Aidiladha dipagi hari, melihat lembu kerbau kambing dikorbankan dan dapat daging “free”.


Apakah nilai Aidiladha kini? Apakah kita betul-betul menghayati erti Aidiladha?



Barisan MT dan EXCO Kelab Fasilitator APIUM Nilampuri mengucapkan Salam Aidiladha 1431 H kepada semua pensyarah,ahli-ahli kelab semester 2 
dan 4, dan tidak dilupakan juga kepada seluruh warga APIUM
 Nilampuri serta Muslimin Muslimat di seluruh Malaysia.
كل سنة وأنتم طيبين

Thursday, November 11, 2010

Ahli Kelab Fasilitator Semester 2 [Muslimat]

  1. FADHILAH RASYIDAH BT MOHAMED                                
  2. HAMIZAH SOLIHAH BT HASSAN                              
  3. NURUL ATIQAH BT ZULKIFLI                                     
  4. FASIIHAH BT  JASNI                                                     
  5. NUR SYUHAIDIAH BT ABD HALIM                           
  6. HANI HUSNIANI BT HUSSIN                                      
  7. LIYANA NASUHA BT MAZLI                                       
  8. NOR IZYANI BT MOHD ROZI                                     
  9. NUR FITRIAH BT MASKURI                                        
  10. RITA NURSUHAILA BT RIDZUAN                              
  11. NOR MASITAH BT AB JALAL                                      
  12. AFIQAH BT MADNOR                                                  
  13. MAS NORHIDAYU BT MOHD AMIN                                    
  14. NORAZIAH BT JAMINGAN                                         
  15. NOR SULIANA BT MUSTAFA                                     
  16. NUR SYAFIQAH BT AYOB                                                       
  17. SOBIROH BT MOHAMAD FUZI                                             
  18. FATIMAH HANUN BT ABD KADIR                            
  19. NUR IZZATI BT ABDULLAH SUKI                                           
  20. MAISARAH BT ABDUL KARIM                                               
  21. UMMI AIMAN BT MARIDAT                                      
  22. NUR AFIQAH BT MOHAMAD ZAINI                                    
  23. SITI AISYAH BT SHARIFF                                                         
  24. KHADIJAH BT RADZUAN                                                        
  25. AINATUL MARDHIAH BT MANSOR                        
  26. SITI HAJAR BT ROSLAN                                                           
  27. NURUL AINI BT ISHAK                                                             
  28. NUR HAFIZAH BT MOHD NOOH                              
  29. NURUL FATIN FATIMAH NADIAH BT JOHARI                   
  30. KHAIRULKHALILAH BT ISMAIL
  31. NUR HAYATI BT MUHAMAD
  32. NAZIRAH BT MOHD HASERI                                              

Tekad Mereka Kuat Serta Luar Biasa




Islam suatu ketika dahulu, telah datang bersama sebuah generasi manusia yang hebat.

Mereka adalah lead generation, satu generasi yang bukan saja menjadi contoh kepada semua umat manusia, malahan menjadi pemimpin kepada umat manusia.

Bukanlah hebat mereka itu kerana membawa kemajuan pada pembangunan, malahan mereka juga asalnya adalah bangsa yang begitu terkebelakang, jauh ditinggalkan dalam aspek pembangunan.

Bukanlah hebat mereka itu kerana harta dan kekayaan yang mereka miliki, bahkan hasil kekayaan mereka itu adalah hasil rompakan daripada kafilah-kafilah yang berdagang ke negara Arab.

Bukanlah juga hebat mereka itu kerana kedudukan dan pangkat yang mereka ada.

Bukanlah juga hebat kerana kekuatan ketenteraan yang ada pada mereka, bahkan mereka itu selalu tewas dengan kuasa besar Rom dan Parsi suatu ketika dulu, bergaduh sesama kabilah Arab.

Tetapi, mereka hebat kerana satu saja...
Mereka hebat kerana mengambil ISLAM dalam hidup mereka.

Siapakah mereka itu?
Merekalah yang digambarkan oleh As-Syahid Sayyid Qutb sebagai 'Generasi Al-Quran Yang Unik'.


GENERASI ITU YANG 'LEAD' KITA KEPADA HIDAYAH ALLAH

Ya.
Mereka yang gigih dan bersungguh-sungguh.

Tidak pernah jemu dengan perjuangan dan kehidupan mereka.

Membaca sirah mereka sudah cukup untuk membuat hati kita rasa tersentuh dan teruja dengan perjuangan yang mereka lakukan.

Pernah satu ketika Sa'id bin Jubair bertanya kepada Abdullah Ibn Abbas r.a.:

"Adakah kaum musyrikin menyeksa sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. hingga ke peringkat mereka mempunyai alasan untuk meninggalkan agama mereka?"

Jawab Abdullah: "Ya, demi Allah. Ada di kalangan mereka dipukul, dilaparkan, didahagakan sehingga ke peringkat mereka tidak terdaya untuk duduk tegak kerana kedahsyatan seksa yang terkena ke atas mereka. Sehinggakan mereka menjawab apa sahaja yang ditanya kepada mereka...."

Inilah kehidupan generasi awal Islam. Mempertahankan Islam dalam kehidupan mereka sehingga tahap yang begitu hebat sekali. Diseksa, dipukul, dihentam, sehingga ada yang terbunuh dan dibunuh.

Kerana apa? 
Semua itu kerana Allah...
Kerana mereka meletakkan nilai dan harga yang begitu tinggi atas pengorbanan yang mereka lakukan supaya Islam itu sampai kepada kita pada hari ini.

Mereka tahu kesakitan dan penderitaan itu tidak berpanjangan.

Mereka tahu akan ada hari bahagia buat mereka, jika tidak di dunia, di akhirat nanti.

Mereka yakin janji Allah itu adalah benar.

Kenapa perlu mereka bersusah payah untuk membayar harga pengorbanan itu? 

Bukankah lebih baik mereka bersama keluarga di rumah, berehat dan hidup bahagia bersama keluarga?

Bukankah lebih baik mereka hidup seperti biasa tanpa susah payah mewujudkan perpecahan dan rasa permusuhan dalam kalangan keluarga dan saudara mereka sendiri?

Bukankah lebih baik mereka itu berehat di rumah daripada diseksa dan dipukul begitu teruk?

Mengapa dan mengapa?

Kerana iman mereka meletakkan keyakinan mereka kepada apa yang dibawa oleh Rasul s.a.w. itu mengatasi segala-segalanya. Mengatasi batasan hubungan kekeluargaan, kabilah, dan sanak saudara.

Ya. Mereka tahu mereka akan dipukul

Mereka tahu mereka akan diseksa.

Mereka tahu mereka mungkin akan mati kerana mempertahankan iman dan aqidah mereka kepada Allah.

Tetapi, semua itu tidak menghalang mereka untuk terus istiqamah dan sabar mempertahankan Islam dalam kehidupan mereka.

Bahkan ada antara mereka yang terlucut kuku kaki kerana berjalan kaki ayam di dalam peperangan.Terpaksa dibungkus dengan reja kain seperti dalam peperangan Zat Ar-Riqo'.Tetapi, susah payah dan luka perit yang mereka hadapi itu tidak membimbangkan mereka.Mereka tidak takut dan risau jika diseksa sehingga terbunuh. Mereka tidak takut jika mereka terkorban kerana mempertahankan Islam. Tetapi yang mereka risau dan takutkan adalah apabila tercabutnya IMAN dan keyakinan terhadap Islam daripada kehidupan.


Allah s.w.t. telah ukirkan perihal generasi ini dalam surah At-Taubah, ayat 100 yang bermaksud:
"Dan orang-orang terdahulu, yang mula-mula (berhijrah dan membantu) dari kalangan orang Muhajirin dan Ansor, dan orang-orang yang mengikut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan-Nya serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, itulah kemenangan yang besar."


IMAN MENGUBAH JIWA DAN PEMIKIRAN MEREKA...

Kata Dr Yusof Al-Qaradawi:

'Iman adalah satu-satunya UNSUR yang dapat mencipta PERUBAHAN dalam jiwa manusia."

Generasi para sahabat telah lama membuktikan hal ini. Mereka berubah lantaran jiwa dirasuk oleh iman yang benar kepada Allah. Mereka suatu ketika dulu adalah kabilah yang dikuasai oleh jahiliah.Berpecah belah, hidup berpuak-puak, merompak mencuri adalah kebiasaan, menanam anak perempuan, menyembah berhala-berhala dan mengamalkan riba dalam jual beli.

Namun, kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasul s.a.w. itu mengubah kebiasaan yang ada pada masyarakat itu. Mereka yang memilih Islam sebagai jalan hidup, totally meninggalkan kebiasaan-kebiasaan buruk mereka di ketika mereka jahiliah. Berlaku perubahan yang sangat besar dalam diri mereka. Pada tingkahlaku mereka, percakapan mereka, pergaulan dan keseluruhan peribadi mereka.

Inilah yang selalu diulang-ulang oleh seorang murabbi saya, Sir Abdoh:

'Taghyir Islami Kulli (Perubahan Kepada Islam secara Total)'

Apabila kita memilih Islam sebagai kehidupan kita, maka kita perlu buat perubahan secara total (keseluruhan) terhadap kehidupan kita.

Apa yang kita lakukan semuanya adalah Islam.

Makan minum kita adalah Islam.

Berjaga dan tidur kita adalah Islam.

Cakap kita adalah Islam.

Pergaulan kita adalah Islam.

Pakai dan gaya kita adalah Islam.

Semuanya dalam kehidupan kita adalah Islam. Maka, barulah dengan itu semuanya akan berubah menjadi baik.

Inilah qudwah yang telah ditonjolkan oleh para sahabat Rasul s.a.w.

Para sahabat Rasul s.a.w. menanggalkan semua sekali pakaian jahiliah daripada kehidupan mereka apabila  mengambil Islam sebagai jalan hidupMereka telah mengambil Islam secara keseluruhan dalam semua aspek hidup mereka. Mereka memilih jalan iman sebagai kehidupan mereka. Lantaran itu, mereka berubah menjadi manusia luar biasa dan menjadi contoh kepada generasi selepas mereka. Generasi itu ada Abu Bakar as-siddiq, Umar Al-Farouq, Ali karamallahu wajhah, Khalid Al-Walid, Bilal bin Rabah, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Abdullah Ibn Ma'sud, Zubair Ibn Awwam, Al-Barra' bin Malik, Anas bin Malik, Abu Dzar Al-Ghifari, Suhaib Ar-Rumi dan ramai lagi yang menjadi contoh terbaik kepada manusia sehinggalah sekarang.

Mereka telah diiktiraf dalam Al-Quran dalam surah Al-Imran, 110 yang bermaksud:

"Kamu (wahai ummat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala kebaikan dan melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..."


KITA JUGA MEMILIH ISLAM, KENAPA NATIJAHNYA TIDAK SAMA?

Saya bawakan mafhum hadith yang agak panjang.

Dalam sebuah hadith riwayat Al-Hakim dari Al-qamah, Ibn Harith berkata: 
"Aku tiba di hadapan Rasulullah s.a.w. bersama-sama dengan kaumku, sedang pada masa itu aku baru berusia tujuh tahun. Setelah kami memberi salam kepada baginda dan dijawabnya salam kami, maka kami pun berbicara dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. tertarik dengan percakapan kami lantas baginda menyoal kami:

"Siapa sebenarnya kamu ini?"

Jawab kami: "Kami ini orang beriman."

Berkata Rasulullah s.a.w. : "Setiap kata itu ada hakikatnya. Maka apakah hakikat iman kamu itu?"

Jawab kami : "Ianya ada lima belas sifat. Lima darinya tuan hamba yang menyuruh kami, lima perkara utusan tuan hamba yang menyuruh kami dan lima perkara lagi biasa kami berbudaya dengannya sejak zaman jahiliah lagi, dan masih kami hayatinya hingga ke hari ini, kecualilah kiranya tuan hamba melarang kami supaya tidak beramal dengannya, wahai Rasulullah."

Baginda berkata : " Apakah lima perkara yang kusuruh kamu laksanakan itu?"

Kami menjawab : " Tuan hamba suruh kami beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, Rasul-rasul dan qadha' dan qadar yang baik dan yang jahat."

Sabda Rasul s.a.w. lagi : " Dan apa pula lima perkara yang disuruh oleh utusanku?"
Jawab kami : "Para utusan tuan telah menyuruh kami supaya mengucap tiada Tuhan yang disembah selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan engkau hamba dan pesuruh-Nya. Diperintahnya kami mendirikan solat yang fardhu, menunaikan zakat yang diwajibkan, melaksanakan puasa di bulan Ramadhan dan melakukan haji di Baitullah sekiranya kami berkemampuan."

Sabda Rasul s.a.w. :"Dan apa pula sifat-sifat yang kamu warisi dari zaman jahiliah dahulu?"
Jawab kami : " Ianya adalah berterima kasih ketika senang, bersabar ketika susah, benar-benar bertekad ketika berhadapan dengan musuh, redha dengan kepahitan qada' dan meninggalkan perangai suka dan gembira kerana kekalahan seteru."

Sabda Rasul s.a.w. lagi :"Mereka ini adalah golongan faqih dan sasterawan, kerana sifat-sifat tadi. Mereka hampir-hampir menjadi golongan nabi."

Rasulullah s.a.w. senyum semasa melihat kami, kemudian baginda bersabda: " Di sini aku berpesan kepada kamu dengan lima sifat yang lain, buat menyempurnakan seluruh ciri kebaikan pada diri kamu. Jangan kamu kumpulkan sesuatu yang kamu tidak memakannya, jangan kamu membina rumah padahal kamu tidak tinggal di dalamnya, jangan kamu berlumba-lumba pada sesuatu yang bakal luput dari kamu, bertaqwalah kamu kepada Allah yang bakal menghimpunkan kamu di padang mahsyar, nanti di situ kamu akan dihadapkan dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh kepada sesuatu yang pasti kamu sampai kepadanya, malah kamu kekal di sana nanti."

Inilah kejernihan yang dimiliki oleh para sahabat Nabi s.a.w. Mereka zahirkan Islam itu dalam bentuk amal, bukan teori mahupun melalui perkataan semata-mata. Hakikat iman mereka itu jelas dalam perbuatan dan tindakan mereka.

Yang baik itu adalah yang baik pada ukuran iman kepada Allah.
Yang buruk itu adalah yang buruk pada ukuran iman kepada Allah.


Hakikatnya, Islam itu adalah PRAKTIS dalam kehidupan mereka.
Kita bagaimana?