Sahabat

Saturday, November 6, 2010

SELAMAT DATANG UNTUK SEM BARU



Pertama kali tahniah kepada ahli kelab fasilitator yang dapat hadir kembali ke bumi Nilam Puri ini. Sekalung penghargaan diucapkan. Moga-moga iman kita sentiasa terpelihara setiap masa. Biar kita datang dengan niat yang baru, hati yang baru untuk menuntut ilmu dan menimba pengalaman di bumi Kelantan kembali.

Semua orang ada kisah menariknya. Ada yang cerita kisah banjir dan sebagainya. Kepada ahli Fasilitator UM yang rumahnya dimasuki air, takziah dan taniah diucapkan. Allah uji anda dengan banjir. Harap tabah dalam peristiwa seperti itu. Baru ujian kecil sebenarnya jika kita hendak bandingkan dengan Indonesia yang ditimpa dua bencana Tsunami dan Gunung berapi.

Cerita cuti, macam-macam kisah sebenarnya. Tapi yang paling penting, cuti bukannya cuti untuk selamanya tapi cuti dari belajar buat sementara di UM. Kini allah bagi lagi peluang untuk datang untuk menuntut ilmu. Saya pesan kepada anda bahawa bilamana kita cuti daripada melakukan kerja-kerja yang membuahkan amal maka diri kita akan diserang dengan bahana jahiliyyah. Persiapkankan diri anda untuk memerangi jahiliyyah.

Akhir sekali, saranan saya buat ahli kelab fasilitator UM yang akan memulai sem baru mulai esok pagi agar :

1)perkemaskan ilmu dan penyampaian.

- Ilmu harta kita dunia akhirat.

2)hidupkan budaya membaca.

- maktabah di NP banyak bukunya tetapi berapa orang yang mengambil manfaat. Ada yang tidak pernah daftar dekat maktabah pon ada.

3)tumpukan kepada proses pembinaan muslim(alim mujahid).

- jadilah kita muslim yang mukmin dan musleh

4)optimumkan penggunaan masa.

- jangan sia-siakan masa kita di tempat yang tidak berfaedah

Nasihat bersama…..

shairazi sharizan
Presiden kelab Fasi NP

1 comment:

  1. Semoga Thabat dalam perjuangan sebagai mubaligh adik2..Kaut segala ilmu yg ada disana & praktikkan di medan perjuangan..InsyaAllah Soleh..^^,

    ReplyDelete