Sahabat

Sunday, April 10, 2011

MUKTAMAR THAQAFI

PENYERAHAN TAMPUK KEPIMPINAN
MUKTAMAR

                Telah berlangsung Malam Muktamar Kelab di Dk 2. Malam itu juga turut menggabungkan Kelab Fasilitator serta Kelab Orator dan Kesenian Islam. Malam Muktamar merupakan malam penyerahan tugas kepada kepimpinan yang baru.

                Majlis bermula jam 9.30 malam dan diserikan dengan celoteh saudara Muadz sebagai pengerusi majlis pada malam tersebut.  Turut diadakan persembahan video daripada kedua-dua kelab.


                 
Hafizah menggantikan Fakhruddin

                  Sebelum ke acara kemuncak majlis, Presiden Kelab Fasilitator dan Kelab Orator diberi peluang untuk berucap. Kesimpulan daripada ucapan mereka, amanah yang ada perlu dipegang sepenuhnya. Selain itu,matlamat hidup mestilah jelas kerana tanpa matlamat yang jelas, kerja yang akan kita lakukan ini akan kabur. Turut dinyatakan juga, terdapat beberapa exco yang diubah suai nama dan peranan seperti Exco Sukan dan Rekreasi kepada Exco Ekonomi dan Muamalat.
Presiden baru, 'Aqiel
Atiqah menyerahkan vest kepada Nazirah


                Kemuncak majlis akhirnya tiba juga. Saudara Ahmad  ‘Aqeel memegang tampuk kepimpinan yang baru sebagai Presiden Kelab Fasilitator. Timbalan beliau ialah Nazirah yang menggantikan Nur Atiqah.
Simbolik penyerahan jawatan

                Bagi Kelab Orator,yang menggantikan Ahmad Fakhruddin.ialah Amir Yazir.Manakala  timbalan beliau ialah Siti Khadijah yang menggantikan Nor Hafizah.
Amir

Kedua-dua Presiden diberi peluang untuk berucap pada malam tersebut. Antara ucapan mereka, kita semua harus bergerak bersama. Jangan bergerak seorang. Kalau tidak perjalanan kelab tidak akan berjalan dengan sepatutnya. Diharapkan tampuk kepimpinan yang baru dapat memberi kerjasama yang baik.
Pimpinan-pimpinan yang menggegarkan APIUM suatu masa dulu
Slide pengumuman insan terpilih

                Program berakhir pada jam 11 malam. Sebelum itu turut diadakan sesi fotografi antara tampuk kepimpinan yang baru dan lepas bagi kedua-dua kelab. Diharapkan tampuk kepimpinan yang baru mampu menjadi lebih baik. Redha allah kita raih bersama.    
Kelab Fasilitator

Kelab Orator dan Kesenian Islam
Gabungan mantan pimpinan Kelab Fasilitator dan Kelab Orator & Kesenian Islam

No comments:

Post a Comment