Sahabat

Saturday, October 16, 2010

MALAM PENGENALAN KELAB APIUM,NP

berbinccang sesuatu

24 MEI 2010- Bertempat di Dewan Kuliah 1 dan 2 telah berlangsung satu program pertama bagi kelab-kelab di APIUM,NP.Antara kelab yang terlibat ialah Kelab Orator dan Kesenian Islam,Kelab Fasilitator serta Kelab Silat Cekak Hanafi.Turut hadir pada malam tersebut ialah Ust Khairul Akhbar b Jahiruddin bagi mewakili Timbalan Pengarah yang tidak dapat hadir atas sebab tertentu dan YDP silat Cekak Hanafi Kelantan sebagai tetamu jemputan.

Majlis tersebut dipengerusikan oleh saudara Mohd Fikri bin Mohd Arit.Majlis bermula jam 9.30 malam kerana terdapat sedikit masalah yang asalnya akan dibuat di dewan Johor tetapi dipindah ke dewan kuliah kerana dewan tersebut akan digunakan oleh pihak lain.

Bermulanya dengan ucapan aluan daripada Ustaz Khairul Akhbar yang mengharapkan agar mahasiswa menyertai kelab tetapi jangan sampai mengabaikan pelajaran masing-masing.Antara lain perkara yang diucapkan oleh Ustaz Khairul Akhbar ialah mengharapkan mahasiswa agar menggunakan kelab sebagai salah satu wadah untuk meningkat kemahiran soft skill,pengucapan,kemahiran kendiri,kerja berpasukan dan sebagainya.
mahasiswa yang hadir...

Program tersebut diteruskan lagi dengan persembahan video kelab Orator dan kelab Fasilitator.Video persembahan yang ditayangkan menarik perhatian mahasiswa kerana melihat aktiviti yang ditayangkan pada semester lepas.Turut diselingkan muzik-muzik yang mencuit hati seperti lagu rasmi piala dunia.

Persembahan kelab diteruskan lagi oleh Persatuan Silat Cekak Hanafi yang membariskan 8 panglima hitam mereka yang siap untuk bertempur pada malam tersebut.Turut diperkenalkan juga buah-buah yang menarik untuk mempertahankan diri.Antara perkataan yang dihafal mahasiswa  pada malam tersebut ialah  ADA LAGI!!!Menjadi bahan ketawa pada malam tersebut.Demontrasi silat berlangsung selama 15 minit.Untuk pengetahuan kelab Silat Cekak Hanafi akan menyertai pertandingan yang akan berlangsung di Kedah.
*video silat malam tersebut ada rakamannya.

Majlis berakhir pada jam 10.40 malam.Kaunter pendaftaran ahli baru turut dibuka pada malam tersebut.Moga dengan kedatangan ahli baru dapat merealisasikan aktiviti kelab masing-masing.Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli kelab yang membantu pada malam tersebut.

disediakan Shairazi b Sharizan (ahli kelab fasi)

No comments:

Post a Comment