Sahabat

Tuesday, October 12, 2010

| MAHABBAH 10 |




ALHAMDULILLAH. Pada 7 hingga 9 Oktober 2010 yang lalu, Kelab Fasilitator telah berjaya menganjurkan satu lagi program yang dinamakan MAHABBAH 10  bertempat di Kem Jeram Mengaji, Pasir Putih Kelantan Darul Naim. Hadaf utama MAHABBAH 10 dianjurkan adalah untuk meraikan ukhuwah bersama ahli-ahli baru Kelab Fasilitator. 

Bersesuaian dengan tema MAHABBAH 10, Ukhuwah Terpatri Alam Dihayati, pemilihan tempat yang berlatarbelakangkan bukit bukau yang menghijau mendamaikan setiap mata yang memandang serta deruan air terjun yang tidak jemu-jemu mengalir seolah-olah membawa jauh fikiran para peserta daripada dunia pen dan kertas.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa semester 1 dan 3 telah menyertai program ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya meredah hutan,lawatan ke ladang tenusu,LDK,BBQ,iron chef dan macam-macam lagi.

Program dimulai dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) iaitu Team Building. Setelah dibahagikan kumpulan,setiap kumpulan diberi senaskhah surat khabar dan sedepa salotip, mereka diminta untuk mencipta apa-apa rekaan yang berunsur islamik dan seterusnya membuat promosi tentang produk yang dihasilkan. Pelbagai ciptaan telah terbentuk hasil rekaan idea-idea bernas.Dan disini satu lagi hadaf telah tercapai dimana ingin menjana daya mentaliti ahli fasilitator yang kreatif dan inovatif.

Satu slot pengisian ilmiah bersama Saudara Ali Irfan Jamaluddin iaitu pensyarah muda yang diimport khas dari Kolej Teknologi Darul Naim di dalam Slot Fasilitator Berkesan dan Kepimpinan.Kata beliau yang lebih mesra menggunakan dhomir Abang , seorang fasilitator adalah khodimul ummah iaitu pelayan masyarakat. Dan seorang fasilitator itu bersedia untuk dilatih dan menerima arahan. Terdapat banyak lagi perkongsian yang dikongsikan oleh abang Ali Irfan hingga 2 jam yang diperuntukan terasa seperti 2 minit sahaja. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Abang A'li I'rfan kerana sudi meluangkan masa bersama Kelab Fasilitator dan diatas ilmu yang dicurahkan.

Aktiviti seterusnya ialah explorace dan meredah hutan.Hadaf disini pula ialah untuk melahirkan fasilitator yang aktif rohani dan jasmani. Seinifiniti tasbih dan tahmid diungkapkan takala melihat pelbagai tumbuhan hidupan yang hidup di dalam hutan simpan Bukit. Berbagai jenis tumbuhan herba diperkenalkan kepada peserta antaranya Serapat, Kacip Fatimah, Tongkat Ali dan lain-lain. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Guider Ayah Li yang menjadi jurupandu dan kerana kesudian beliau berkongsi ilmu tentang tips jika tersesat di dalam hutan, khasiat herba-herba, dan banyak lagi. 

Selain membina ukhuwah sesama manusia, peserta juga berpeluang untuk membina ukhuwah bersama lembu. Lembu?? Ya lembu. Untuk pengetahuan semua, berdekatan dengan Kem Jeram Mengaji terdapat Ladang Tenusu.Ala-ala berada di Newzealand pun ada :p. Disini peserta mendapat pelbagai ilmu tentang binatang berkaki empat ini. Misalnya lembu akan membunting selama 9  bulan 10 hari. Sama sperti manusia kan? Bukan itu sahaja, peserta juga mendapat pelbagai info berkaitan dengan cara penternakan lembu bermula dari lahirnya anak lembu hingga anak lembu tersebut bunting semula.

Bibit-bibit ukhuwah juga jelas terpancar dan terserlah semasa berada di aktiviti kemuncak  iaitu Iron Chef. Setiap kumpulan diberi beberapa bahan masakan dan diminta untuk memasak bahan-bahan tersebut mengikut kreativiti masing-masing dengan sepenuh kasih sayang dan yang terbaik dalam hidup. Tidak dapat dinafikan kerjasama dan toleransi sangat diperlukan bagi melicinkan lagi aktiviti ini. Seterusnya peserta diminta untuk menghias masakan secantik-cantiknya bertujuan untuk menarik hati para juri.

Gambar-gambar yang sempat disnap untuk dijadikan kenangan.

TEAM BUILDING

Jam gergasi
Selipar ajaib

Topi keledar tercanggih

Handset raksasa
Kapal perang
CS weapons


Topi berpayung

SLOT FASILITATOR BERKESAN DAN KEPIMPINAN

Abang A'li I'rfan
Tomoi siam
Terhibur dengan perkongsian yang disampaikan


EXPLORACE

 Ulat gonggok lelaki
 Ulat gonggok perempuan
Scuba diving

MEREDAH HUTAN


Bersama Ayah Li
Peserta Muslimat yg gagah :p


Mengahayati alam
Herba Serapat


LAWATAN LADANG TENUSU

Berukhuwah bersama lembu
Kusyuk mendengar taklimat

Wajah penuh kepuasan berjumpa sahabat baru


IRON CHEF



Dont disturb me!
Menunjukkan bakat masing2




Antara hidangan yg siap dimasak
Cantikkan hiasannya?
Peserta muslimat

Peserta muslimin

No comments:

Post a Comment