Sahabat

Monday, January 31, 2011

Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu(CINTA)


15 JANUARI 2011:APIUM:KELANTAN
Tuan Haji Rosdi Baharom

                Satu seminar telah diadakan di dewan kuliah 2 APIUM,Nilam Puri. Seminar tersebut dinamakan Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu(CINTA). Seminar ini diadakan bertujuan untuk memastikan mahasiswa bijak menangani masalah cinta yang begitu parah dalam kalangan mahasiswa. 

Selain itu, turut diterapkan cinta mana yang harus dipilih. Adakah allah dan rasul menjadi cinta utama ataupun sebaliknya. Seminar ini memberi pendedahan tentang pengurusan cinta remaja yang perlu diselarikan dengan kehendak Allah agar cinta itu menjadi satu ibadah dan ketaatan kepada Allah swt. dan tidak menjadi dosa yang mewariskan kerosakan kehidupan di hari mendatang.

Cinta berkuasa merubah hidup manusia. Seperti kisah Umar ketika sebelum dan selepas Islamnya beliau. Begitulah hebatnya pengaruh cinta.

Justeru, seminar yang julung-julung kalinya di adakan di APIUM  kali ini menampilkan penceramah yang mahir dan berpengalaman mengendalikan masalah remaja yang berpunca dari konflik cinta. Penceramah tersebut ialah Tuan Haji Rosdi Baharom, Pengurus Hal Ehwal Pelajar Kolej Taknologi Darul Naim.
antara peserta seminar

Beliau telah berkongsi tentang hakikat cinta, bagaimana mengurus cinta dan sebagainya. Penceramah ini dipanggil selepas beliau menyampaikan sedikit perkongsian di USM ketika konsert malam muhasabah cinta USM.Penyampaian beliau cukup menyentuh jiwa pendengar. Seolah-olah berkomunikasi antara hati ke hati.

Sambutan yang menggalakkan diberikan peserta walaupun terdapat segelintir pelajar semester yang mempunyai program KOKO. Diharapkan seminar seperti ini dapat diadakan lagi tetapi bukan terbuka kepada pelajar Universiti Malaya bahkan terbuka kepada masyarakat umum.

Menurut pengarah program,saudara Syakur, beliau amat berpuas hati dengan program yang diadakan. Beliau berharap agar program ini bukan menjadi halwa telinga semata-mata tetapi akan nada insan yang melakukan perubahan demi menggapai cinta allah dan rasul. Tambah beliau lagi, penceramah yang dijemput kali ini  bukan orang biasa. Kepada ahli pelaksana program, semoga anda mendapat manfaat daripada program ini.

Moga anda semua meraih cinta allah dan rasul.

laporan disediakan  al-fateh

No comments:

Post a Comment