Sahabat

Saturday, August 27, 2011

::: SALAM AIDILFITRI 1432H :::

Dengan Nama Allah 
...yang Maha Pengasih & Penyayang...


UCAPAN PRESIDEN KELAB FASILITATOR 2011/2012

AHMAD AQIEL
Bismillahirahmanirahim... assalamualaikum kepada sahabat 
seperjuangan, teman akrab, rakan2 fasilitator & orang2 
kampung sekalian. setelah sebulan berpuasa maka mcm biasalah
syawal pon menjelamalah nanti, jadi dik kesempatan ini ana 
ingin memohon maaf zahir dan batin kepada sume, maafkanlah
 sahabatmu ini yg x seberapa ni haa.. sama-samalah kita menikmati eid mubarak ini  bersama dgn family yg tersayang.. kirimkan salamku pada family antum...

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN :)



UCAPAN TIMBALAN PRESIDEN KELAB FASILITATOR 2011/2012


NAZIRAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi di atas limpah kurnia dan nikmatNya sepanjang perjuangan kita dalam bulan Ramadhan tahun ini, dan semoga setiap amal ibadah kita diterima-Nya dengan sempurna. Oleh kerana Syawal akan bertandang, saya sebagai wakil warga kerja Kelab Fasilitator ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sesama AJK , para pensyarah APIUM dan semua ahli kelab termasuk pembaca sekalian. Maafkanlah andai ada terkasar bicara, tersalah laku, terabai tugasan...kita cuma manusia biasa dan perlu saling bermaafan. Harus diingat, Aidilfitri bukan masa untuk kita bergembira sakan dan berbelanja besar tetapi cukuplah sekadar meraikan kemenangan umat Islam yang berjaya menurut perintah Allah untuk berpuasa sebulan. Akhir tinta, sampaikan salam kami buat keluarga tercinta. Sekian terima kasih.

******************************
Ampun dan maaf dipinta,
Moga Aidilfitri ini lebih bererti,
Sembah dan salam kita bersama,
Raikanlah dengan syukur pada Illahi.

2 comments:

  1. syukran 3la kuli hal...

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri buat semua.
    Jaga kesihatan,jgn mkn bnyk2...

    ReplyDelete