Sahabat

Thursday, March 15, 2012

MUKTAMAR FASILITATOR 2012

:: Assalamualaikum W.B.T ::

Alhamdulillah Kelab Fasilitator sesi 2011/2012 telah mengadakan Majlis Muktamar bersama-sama semua ahli sebagai tanda berakhirnya tugas pimpinan Semester 4 dan menyerahkan tampuk pimpinan serta tanggungjawab kepada ahli-ahli  baru untuk sesi 2012/2013 yang akan datang.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada mantan Pengarah Kelab Fasilitator, Ahmad Aqiel Bin Abd Rahim.
Turut menyampaikan ucapan dan amanat terakhir, Amir Yazid selaku Presiden Kelab Orator & Kesenian Islam. 

Ustazah Shukriah Che Kassim 
Majlis telah dirasmikan oleh Puan Shukriah Binti Che Kassim selaku Penasihat Kelab Fasilitator APIUM.

( Muhammad Hasif & Ahmad Aqiel )
Mantan Pengarah menyerahkan Fail Kelab Fasilitator kepada Pengarah yang baru



ORGANISASI KELAB FASILITATOR 2012 / 2013

   PENGARAH :
   MUHAMMAD HASIF BIN HILMI

      TIMB.PENGARAH :   
AMALINA NADZIRAH BT JULKIPLI


SETIAUSAHA : 
MOHAMAD FARHAN ADLI BIN JARNI


PENOLONG SETIAUSAHA : 
NOR ASIAH ADNI BT MOHD ADNAN


BENDAHARI: 
SYAZWAN BIN ABU BAKAR

PEN. BENDAHARI : 
SITI NAEMAH BT MUKHTAR



KD PENGISIAN: 
MOHD FAISAL BIN MOHD SALLEH

NURHANISAH BT RAZALI


KD MULTIMEDIA: 
AMIRUL HAFIZIN BIN OTHMAN

NORANISAH BINTI MOHD ISMAIL


KD KEBAJIKAN: 
MOHAMAD FADHLULLAH BIN MOHD ROZALI

SITI MAISYARAH BT SULAIMAN


KD PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN LUAR (PPL) :
AHMAD SAMSUL NAZRIN

NUR TASNIM BT HARIRI


KD MUAMALAT & EKONOMI: 
MOHAMAD ADAM BIN SAMAT

MUNIFAH BT MUSTAPA 



: : Selamat Menjalankan Tugas dengan Baik : :
: : Sekalung penghargaan buat AJK Kelab Fasilitator 2011/2012 yang telah menjalankan amanah dengan baik dan memberikan kerjasama dalam usaha memajukan kelab ini : :

KURSUS KEPIMPINAN FASILITATOR 2011

Tarikh : 23 Disember 2011
Tempat : Dewan Kuliah 2, Akademi Pengajian Islam,
 Universiti Malaya, Nilam Puri.


Pengarah : Anwar Nayan
Timbalan Pengarah : Siti Hajar Roslan



 

Peserta lelaki sedang berbincang
Para peserta sedang khusyuk mendengar pembentangan

Peserta sedang dilatih sebagai fasilitator
Penceramah jemputan & Pengarah Program


Program berakhir pada jam 12:30 tengah hari.
Antara input yang telah diperolehi para peserta ialah :
 
1) Cara menjadi fasilitator program yang baik
2) Kaedah mengendalikan sesuatu program atau majlis
3) Strategi menyampaikan ceramah atau motivasi yang berkesan

*****










Sunday, November 27, 2011

*** SaLam MaaL hiJrah 1433 ***


Buat sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian.
Marilah kita bersama-sama membina azam yang baru dan semangat yang tinggi 
pada tahun baru Hijrah kali ini. Semoga apa yang kita lakukan dapat memberi manfaat 
kepada diri , masyarakat , agama dan negara. InsyaAllah .

* Bersama tingkatkan Iman & Amal *

Sunday, October 23, 2011

Aqiel2U: Di Sebalik Ibadah Sang Pelangi ?

Aqiel2U: Di Sebalik Ibadah Sang Pelangi ?: assalamualaikum sahabat2 pembaca, alhamdulillah bertemu kita dlm entry t'bru, di sebalik ibadah sang pelangi, apa di sebaliknya ? bagaimana ...

Friday, October 21, 2011

Aqiel2U: Ilmuan Malaysia Tenat !!

Aqiel2U: Ilmuan Malaysia Tenat !!: assalamualaikum puluhan hari blog ku tdk disentuh namun kali ini ku tampilkan entry yg lebih berani dik kerana mual dan tenat dgn permainan ...

Wednesday, October 12, 2011

MAHABBAH FASI 2011

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah Kelab Fasilitator telah berjaya menjalankan program Mahabbah '11 dengan lancarnya di Pantai Irama, Bachok....( ikut perancangan nak ke Pantai Tok Bali ). Berikut adalah sedikit perkongsian tentang perjalanan program tersebut.

Pengarah : Mohd Nadzwan bin Majin
Timbalan Pengarah : Siti Nurbadriah bt Mohd Zaini

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli-ahli kelab fasilitator di samping beriadah untuk kesihatan.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk merehatkan minda dan fizikal sebelum menghadapi musim peperiksaan akhir semester.


Aktiviti-aktiviti yang telah berjaya dijalankan:

- Solat dhuha di tepi pantai
- Acara pertandingan memasak berkumpulan
- Aktiviti panggang ayam



- Makan berjemaah (dalam talam/dulang)
- Acara sukan bola pantai 
- Sukaneka Dam Ular Gergasi ( cabaran ilmu pengetahuan )
- Acara Regu Berkumpulan  ( kuiz menguji minda )

Semoga ikatan ukhuwah yang telah terbina melalui program seperti ini akan melahirkan mahasiswa yang cemerlang serta menjadikan kelab ini terus maju dalam bidang akademik, sahsiah dan memartabatkan perjuangan Islam. Insya-Allah .

Barisan Ahli Kelab Fasilitator sesi 2011/2012

P/S: Segala komen dan cadangan anda adalah amat digalakkan bagi memperbaiki kelab ini. 
Sekian, terima kasih    :)



Thursday, October 6, 2011

Aqiel2U: A.S cuba tunjuk taring tapi dia x rasa lagi penumb...

Aqiel2U: A.S cuba tunjuk taring tapi dia x rasa lagi penumb...: assalamualaikum isu dunia, isu islam, isu kemasyarakatan, penindasan, dan begitu byk isu yg menjadikan Palestina sebagai mangsa rejim yahu...