Sahabat

Sunday, November 27, 2011

*** SaLam MaaL hiJrah 1433 ***


Buat sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian.
Marilah kita bersama-sama membina azam yang baru dan semangat yang tinggi 
pada tahun baru Hijrah kali ini. Semoga apa yang kita lakukan dapat memberi manfaat 
kepada diri , masyarakat , agama dan negara. InsyaAllah .

* Bersama tingkatkan Iman & Amal *

Sunday, October 23, 2011

Aqiel2U: Di Sebalik Ibadah Sang Pelangi ?

Aqiel2U: Di Sebalik Ibadah Sang Pelangi ?: assalamualaikum sahabat2 pembaca, alhamdulillah bertemu kita dlm entry t'bru, di sebalik ibadah sang pelangi, apa di sebaliknya ? bagaimana ...

Friday, October 21, 2011

Aqiel2U: Ilmuan Malaysia Tenat !!

Aqiel2U: Ilmuan Malaysia Tenat !!: assalamualaikum puluhan hari blog ku tdk disentuh namun kali ini ku tampilkan entry yg lebih berani dik kerana mual dan tenat dgn permainan ...

Wednesday, October 12, 2011

MAHABBAH FASI 2011

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah Kelab Fasilitator telah berjaya menjalankan program Mahabbah '11 dengan lancarnya di Pantai Irama, Bachok....( ikut perancangan nak ke Pantai Tok Bali ). Berikut adalah sedikit perkongsian tentang perjalanan program tersebut.

Pengarah : Mohd Nadzwan bin Majin
Timbalan Pengarah : Siti Nurbadriah bt Mohd Zaini

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli-ahli kelab fasilitator di samping beriadah untuk kesihatan.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk merehatkan minda dan fizikal sebelum menghadapi musim peperiksaan akhir semester.


Aktiviti-aktiviti yang telah berjaya dijalankan:

- Solat dhuha di tepi pantai
- Acara pertandingan memasak berkumpulan
- Aktiviti panggang ayam



- Makan berjemaah (dalam talam/dulang)
- Acara sukan bola pantai 
- Sukaneka Dam Ular Gergasi ( cabaran ilmu pengetahuan )
- Acara Regu Berkumpulan  ( kuiz menguji minda )

Semoga ikatan ukhuwah yang telah terbina melalui program seperti ini akan melahirkan mahasiswa yang cemerlang serta menjadikan kelab ini terus maju dalam bidang akademik, sahsiah dan memartabatkan perjuangan Islam. Insya-Allah .

Barisan Ahli Kelab Fasilitator sesi 2011/2012

P/S: Segala komen dan cadangan anda adalah amat digalakkan bagi memperbaiki kelab ini. 
Sekian, terima kasih    :)



Thursday, October 6, 2011

Aqiel2U: A.S cuba tunjuk taring tapi dia x rasa lagi penumb...

Aqiel2U: A.S cuba tunjuk taring tapi dia x rasa lagi penumb...: assalamualaikum isu dunia, isu islam, isu kemasyarakatan, penindasan, dan begitu byk isu yg menjadikan Palestina sebagai mangsa rejim yahu...

Saturday, August 27, 2011

::: SALAM AIDILFITRI 1432H :::

Dengan Nama Allah 
...yang Maha Pengasih & Penyayang...


UCAPAN PRESIDEN KELAB FASILITATOR 2011/2012

AHMAD AQIEL
Bismillahirahmanirahim... assalamualaikum kepada sahabat 
seperjuangan, teman akrab, rakan2 fasilitator & orang2 
kampung sekalian. setelah sebulan berpuasa maka mcm biasalah
syawal pon menjelamalah nanti, jadi dik kesempatan ini ana 
ingin memohon maaf zahir dan batin kepada sume, maafkanlah
 sahabatmu ini yg x seberapa ni haa.. sama-samalah kita menikmati eid mubarak ini  bersama dgn family yg tersayang.. kirimkan salamku pada family antum...

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN :)



UCAPAN TIMBALAN PRESIDEN KELAB FASILITATOR 2011/2012


NAZIRAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi di atas limpah kurnia dan nikmatNya sepanjang perjuangan kita dalam bulan Ramadhan tahun ini, dan semoga setiap amal ibadah kita diterima-Nya dengan sempurna. Oleh kerana Syawal akan bertandang, saya sebagai wakil warga kerja Kelab Fasilitator ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sesama AJK , para pensyarah APIUM dan semua ahli kelab termasuk pembaca sekalian. Maafkanlah andai ada terkasar bicara, tersalah laku, terabai tugasan...kita cuma manusia biasa dan perlu saling bermaafan. Harus diingat, Aidilfitri bukan masa untuk kita bergembira sakan dan berbelanja besar tetapi cukuplah sekadar meraikan kemenangan umat Islam yang berjaya menurut perintah Allah untuk berpuasa sebulan. Akhir tinta, sampaikan salam kami buat keluarga tercinta. Sekian terima kasih.

******************************
Ampun dan maaf dipinta,
Moga Aidilfitri ini lebih bererti,
Sembah dan salam kita bersama,
Raikanlah dengan syukur pada Illahi.

Wednesday, August 24, 2011

Aqiel2U: sucinya CINTA org beriman! kenapa x percaya ?

Aqiel2U: sucinya CINTA org beriman! kenapa x percaya ?: assalamualaikum , dek kerana terlalu busy, maka baru kini ada kesempatan utk meng-update blog (walaupun keje belambak hahaha). entry kali an...