Suatu ketika dahulu, seorang lelaki tua yang terlantar sakit memanggil dua orang anaknya. Dia berpesan kepada kedua-dua anak lelakinya itu supaya menjaga perniagaan yang bakal ditinggalkannya nanti dengan baik. "Anak-anak ayah... bila ayah sudah tiada nanti, kamu amalkan dua pesanan ayah ini. Pertama, jangan sesekali menagih hutang dengan orang yang berhutang dengan kamu. Kedua, apabila hendak pergi dan balik dari kedai, jangan sekali-kali benarkan dirimu terkena cahaya matahari. Amalkan dua pesanan ayah ini, nanti perniagaan kamu akn berjaya,"pesan lelaki tua itu.
Selepas lelaki tua itu meniggal dunia, perniagaan dan kedai diuruskan oleh kedua anak lelakinya. Mereka menuruti pesanan arwah ayah mereka. Anehnya selepas setahun, perniagaan anak yang bongsu jatuh merudum. Sebaliknya pula perniagaan si abang yang bertambah besar dan maju.
Kenapakah perniagaan si adik jatuh merudum..??? Apakah dia tak turuti pesanan arwah ayahnya??..
"Saya tak pernah menagih hutang dengan orang yang berhutang dengan saya. Tapi masalahnya mereka tak bayar pun hutang-hutang mereka. Hutang sudah terlalu banyak sampai saya kehabisan modal.
"Untuk mengelak daripada terkena cahaya matahari, setiap hari saya juga terpaksa keluarkan duit tambahan untuk tambang beca ke kedai." kata si adik..
Bagaimana pula dengan perniagaan si abang yang bertambah maju??..
Jawab si abang,"Bila ayah kata jangan tagih hutang daripada orang yang berhutang dengan kita, maka saya buat keputusan semua urusan perniagaan mesti dibayar tunai. Tidak boleh hutang. Hasilnya modal saya bertambah dan perniagaan saya berjalan lancar. Kemudian, disebabkan ayah kata jangan benarkan diri terkena cahaya matahari semasa pergi dan balik, maka saya pergi kerja sebelum matahari terbit dan pulang bila matahari terbenam. Ayah memang bijak, pelanggan saya makin hari makin ramai sebab kedai saya dibuka paling awal dan ditutup paling lewat."
Ternyata si abang dapat membaca maksud disebalik pesanan arwah ayahnya.
dan sesungguhnya orang tua tinggi akalnya, tahu asam garam dunia dan juga sering menguji kita dengan cara yang tak diduga. Tetapi orang muda sering melihat pesanan orang tua pada satu lapisan saja. Kerana itu orang muda yang berjaya adalah mereka yang mendengar nasihat orang tua dan bijak membaca ketinggian akal mereka.
Wednesday, May 25, 2011
Thursday, May 19, 2011
Moga kehidupan kita berada dalam naungan Ilahi. Penulisan kali ini hanya perkongsian tentang sebuah buku. Lebih kurang 558m/s. Saya baru habis membaca buku tersebut.
Berkisar tentang perkara-perkara yang berlaku sebelum kiamat sebenarnya. Tapi puas baca. Luaskan pembacaan anda.
Buku karangan Muhammad Alexender, pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesiamendedahkan rahsia di sebalik fakta pembikinan filem 2012. Turut didedahkan juga ialah perbalahan antara saintis dan pakar sejarah mengenai penemuan Kalendar Maya yang mencetuskan seribu tanda tanya.
Fakta sains, Al-Quran dan hadis menjadi sumber rujukan buku tersebut.
Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan sebenarnya
1.Ramalan tentang kiamat.
Perkara nie dah lama manusia ramal tapi tetap tak berlaku lagi. Semestinya rahsia ini hanya allah yang tahu.
“sesungguhnya allah, hanya disisinya sahaja pengetahuan tentang hari kiamat” Luqman:34
Saya kongsikan ramalan manusia tentang kiamat
Chelyabinsk meramalkan bumi akan dilanggar komet dan seterusnya kiamat akan berlaku pada 1998.
. Ada pihak yang meramalkan kiamat akan berlaku pada 14 Julai 1960, jam 1:45 petang disebabkan oleh ledakan bom tanak milik AS. Ekoran ramalan itu ada yang menghasilkan perahu di gunung.
Seorang ahli astronami dari Chile, Munenna Carlos Ferraro meramalkan kiamat akan terjadi antara 1998-2001, akibat Bernard-1 yang memasuki system suria.
Banyak lagi ramalan sebenarnya, Tak dapat saya nak ungkapkan.
Sekarang macam mana. Semua yang saya nyatakan tak berlaku pon sebab perkara ini dirahsia pencipta sebenarnya. Hatta rasul sendiri pon tak tahu melainkan tanda-tandanya .
2) Tanda-tanda kiamat.
Gempa bumi disana-sini. Kemunculan dajjal. Asap dan yakjuj makjuj. Terbitnya matahari di sebelah barat. Ini tanda besar kiamat.
3) Penceritaan tentang tanda besar kiamat
Buku ini memang menceritakan secara terperinci. Beliau membuktikan melalui Al-quran, hadis dan kajian sains.
4) Ramalan kaum Maya
Lagenda kaum Maya penuh dengan enigma. Tamadun ini wujud. Mereka mampu membuat piramid, serta menguasai ilmu astronomi. Mereka juga mampu menghasilkan calendar angkaasa lepas berdasarkan penyataan ahli sejarah kaum maya. Tapi satu saja mereka adalah kaum yang rosak aqidah sebenarnya.
Menurut kajian ahli sejarah, bangsa ini musnah disebabkan runtuhnya moral kepimpinan, penyelewengan , member makanan pada sembahan dan sebagainya.
Mereka punyai kalender tersendiri. Ramalan kaum maya merupakan latar belakang filem 2012.
Ada keturunan mereka membeli tanah di Afrika untuk persediaan selepas hari kemusnahan. Perkara ini ada dinyatakan dalam berita harian.
Kesimpulan
Kiamat adalah perkara yang akan berlaku. Bila? Itu perkara yang dirahsiakan. Janji allah akan tetap berlaku. Perkara yang paling penting kena beriman dengan hari kiamat kerana
ada segelintir manusia yang menolak perkara ini.
Hikmah perahsiaan agar manusia senantiasa melakukan kerja yang membuahkan hasil dan diredhai allah.
Hakikat kita sebagai muslim perlu dilaksanakan hingga hari tersebut tiba. Selagi mana kehidupan ini ada sebarkan islam walau dimana sahaja. Teruskan beramal selagi masih sempat kerana apabila terbitnya matahari di sebelah barat amal-amal tidak akan lagi diterima lalu pintu taubat akan ditutup.
Saturday, April 16, 2011
Langkawi
Monday, April 11, 2011
SMKA ARAU
PEARL .....
25 hingga 27 Mac 2011 baru-baru ini,Kelab Fasilitator sekali lagi berkesempatan menjayakan satu program di SMKA Arau,Perlis.. Pada kali ini kami bersama dengan para peserta daripada tingkatan 2. Sambutan awal daripada para peserta seperti biasa menunjukkan rasa bosan. Ada di antara mereka mengatakan sudah pernah menghadiri program seperti ini tapi tidak memberi apa-apa. Kami menganggap itu satu cabaran buat kami dan kami menjanjikan kelainan dengan program yang diberi nama PEARL, Programme Of Excellent Academic And Moral.
Bermula aktiviti malam itu iaitu Ice-breaking & “Bendera Kita”. Peserta dibahagikan kumpulan dan setiap kumpulan hendaklah mencipta bendera dan trademark masing-masing. ..”Heran xheran, cuak xcuak,gentar xgentar, bisa bisa bisa, kasi sampai GEMPAK!!”. Itulah antara trademark yang paling popular. Memang gempak adik-adik peserta malam itu. Melalui ice-breaking ini,para peserta mula serasi dengan kami. Pendek kata,senang bergaul.
Keesokan paginya, peserta menadah telinga mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh guru counselor A.Arau. Beliau telah berkongsi beberapa tips untuk menjadi pelajar bermotivasi dan berkredibiliti. Banyak input berguna yang boleh diambil, bukan sahaja untuk peserta,juga para fasilitator. LDK 1 adalah Final Fantasy. Disini adik2 peserta disediakan satu kertas A4 yang mempunyai 4 ruangan dan fasilitator akan memberi arahan kepada peserta supaya melukis suatu gambar dalam empat keadaan. Hasilnya,bermacam-macam rupa bentuk gambar yang dilukis, yang tak nampak rupa bentuk pun ada. Resolusinya, apa yang diajar di dalam kelas, hendaklah terus bertanya sekiranya tidak faham. Perlu fokus dan jangan sekali kali ponteng kelas.
LDK seterusnya adalah 3 in 1. Sepanjang program ini dijalankan, para peserta diisikan dengan permainan Ideologi dan Tak Kenal Maka Tak Cinta yang memerlukan peserta berfikir dan merenung tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. Pengaruh budaya yang menular secara halus. Begitu jugak game Acu Cuba Try Test yang menggalakkan peserta mengaplikasikan segala teknik yang dipelajari dalam kelas. Kalau tak, impian hanya tinggal impian semata2 kalau kita tak bertindak.
Pada sebelah malamnya,diadakan Malam Muhasah Diri. Alhamdulillah, elemen kerohanian mudah disuntik ke dalam diri para peserta. Hati mereka mudah dijinakkan. Ramai lah yang mengalir air mata pada malam tu.
Hari terakhir berkampung di sana, sangat seronok rasanya bagi adik-adik peserta bila dapat jalankan aktiviti Explorace. Mana taknya dapat jugak main bersama fasilitator-fasilitator.Untuk explorace kali ini, para peserta perlu melaksanakan tugasan yang diberi oleh fasi-fasi yang mengendalikan setiap enam checkpoint. Menyanyi, merentas halangan,tarzan dan macam2 la yang perlu dilakukan bagi melepasi setiap checkpoint tersebut. S.E.R.O.N.O.K. seronok seronok jugak, setiap tugasan yang diberi ada resolusinya tersendiri. Peserta-peserta begitu aktif , ada saja idea dan buah fikiran yang dapat dikongsi daripada explorace ini. Usai majlis penutupan perasmian dan tayangan video sepanjang program dijalankan,maka berakhirnya Program PEARL’11 di SMKA Arau. Faslilitator bergerak ke Langkawi.
Rasa hiba melanda di hati kami. Walaupun tak sepanjang masa kami bersama mereka, kami dapat merasakan ada satu ikatan yang rapat telah wujud. Mudah-mudahan adik2 peserta SMKA Arau menikmati kemanisan iman sepanjang program dijalankan. Moga ketemu lagi.. Jadilah kalian insan biasa yang bisa mengegarkan dunia. PEARL ’11 dalam kenangan..
(¯`♥´¯) .♥.•*¨`*♫ ✿ Ü“
´*.¸.•´♥`ღ•ʚįɞ✿ღ`·.·´♥♥♥
´*.¸.•´♥`ღ•ʚįɞ✿ღ`·.·´♥♥♥
selepas PEARL, kami pergi ke Langkawi pula..
POTRET SEPANJANG PROGRAM
PENDAFTARAN
![]() |
| kerja kak oi,,jgn asyik bergambar je.. |
![]() |
| penghulu kita"kecil tapi jiwa besar" |
LDK
![]() |
| serasi nie |
![]() |
| kak!tumpu kat adik2 jgn tgk camera |
![]() |
| nak lukis ape ya? |
![]() |
| bincg ngn kumpulan ke bersembang? |
CERAMAH MOTIVASI
![]() |
| sape suro lambat datang program.kan kne denda |
![]() |
| guru kounselor A.Arau |
MALAM INTROPEKSI DIRI
![]() |
| sabar dik |
![]() |
| lama tak main lilin nie.PELUANG2X |
![]() |
| cuci-cuci |
EXPLORACE
![]() |
| check point sesat nie...hati-hati |
![]() |
| pegangkuat-kuat!nanti tersembam |
![]() |
| kene denda lagi.kesian |
MAJLIS PENUTUPAN
![]() |
| kakak-kakak fasi yang ceria |
![]() | ||||
| abg-abg fasi yg smart |
![]() |
| terkenang saat menjadi pengarah dulu,masa zaman muda-muda |
![]() |
| aku cameraman profesional |
![]() |
| fasilitator dan pengetua |
disediakan: NAZIRAH
Sunday, April 10, 2011
ORGANISASI KELAB 2010/2011
KEPIMPINAN BARU KELAB FASILITATOR
PRESIDEN
AHMAD ‘AQEEL B ABD RAHIM
TIMBALAN PRESIDEN
NAZIRAH BT MOHD HASERI
SETIAUSAHA
MUHAMMAD SAFWAN B HARUN
TIMBALAN SETIAUSAHA
SOBIROH BT MOHAMAD FUZI
BENDAHARI
MUHAMMAD HILMIE B MOHD ALI
TIMBALAN BENDAHARI
MAISARAH BT ABDUL KARIM
EXCO PENGISIAN
MOHD HAFIZI ABD RANI
SITI HAJAR BT ROSLAN
EXCO MULTIMEDIA
MOHD NADZWAN B MAJIN
NUR SYAFIQAH BT AYOB
EXCO PPL
MUHAMMAD AIMAN ZAFIR B MOHD ASRI
WAN NUR NAJIYAH BT WAN MOHD YUSOF
EXCO MUAMALAT & EKONOMI
AHMAD LUTFI B MUHAMAD SHARIF
NUR HAFIZAH BT MOHD NOOH
EXCO KEBAJIKAN
MUHAMMAD SYUIB B ABD SUKOR
LIYANA NASUHA BT MAZLI
MUKTAMAR THAQAFI
PENYERAHAN TAMPUK KEPIMPINAN
![]() |
| MUKTAMAR |
Telah berlangsung Malam Muktamar Kelab di Dk 2. Malam itu juga turut menggabungkan Kelab Fasilitator serta Kelab Orator dan Kesenian Islam. Malam Muktamar merupakan malam penyerahan tugas kepada kepimpinan yang baru.
Majlis bermula jam 9.30 malam dan diserikan dengan celoteh saudara Muadz sebagai pengerusi majlis pada malam tersebut. Turut diadakan persembahan video daripada kedua-dua kelab.
| Hafizah menggantikan Fakhruddin |
Sebelum ke acara kemuncak majlis, Presiden Kelab Fasilitator dan Kelab Orator diberi peluang untuk berucap. Kesimpulan daripada ucapan mereka, amanah yang ada perlu dipegang sepenuhnya. Selain itu,matlamat hidup mestilah jelas kerana tanpa matlamat yang jelas, kerja yang akan kita lakukan ini akan kabur. Turut dinyatakan juga, terdapat beberapa exco yang diubah suai nama dan peranan seperti Exco Sukan dan Rekreasi kepada Exco Ekonomi dan Muamalat.
| Presiden baru, 'Aqiel |
| Atiqah menyerahkan vest kepada Nazirah |
Kemuncak majlis akhirnya tiba juga. Saudara Ahmad ‘Aqeel memegang tampuk kepimpinan yang baru sebagai Presiden Kelab Fasilitator. Timbalan beliau ialah Nazirah yang menggantikan Nur Atiqah.
| Simbolik penyerahan jawatan |
Bagi Kelab Orator,yang menggantikan Ahmad Fakhruddin.ialah Amir Yazir.Manakala timbalan beliau ialah Siti Khadijah yang menggantikan Nor Hafizah.
| Amir |
Kedua-dua Presiden diberi peluang untuk berucap pada malam tersebut. Antara ucapan mereka, kita semua harus bergerak bersama. Jangan bergerak seorang. Kalau tidak perjalanan kelab tidak akan berjalan dengan sepatutnya. Diharapkan tampuk kepimpinan yang baru dapat memberi kerjasama yang baik.
| Pimpinan-pimpinan yang menggegarkan APIUM suatu masa dulu |
| Slide pengumuman insan terpilih |
Program berakhir pada jam 11 malam. Sebelum itu turut diadakan sesi fotografi antara tampuk kepimpinan yang baru dan lepas bagi kedua-dua kelab. Diharapkan tampuk kepimpinan yang baru mampu menjadi lebih baik. Redha allah kita raih bersama.
| Kelab Fasilitator |
| Kelab Orator dan Kesenian Islam |
| Gabungan mantan pimpinan Kelab Fasilitator dan Kelab Orator & Kesenian Islam |
Subscribe to:
Posts (Atom)





































