Sahabat

Friday, February 4, 2011

| TAMAR' 11 |

Fasilitator yang terlibat untuk TAMAR' 11
Pada 20 hingga 23 Januari 2011 yang lalu, seramai 15 orang ahli Kelab Fasilitator APIUM NP telah dijemput sekali lagi ke Asrama SMK Mulong untuk menjalankan satu Program Orentasi bagi sesi 2011. Untuk makluman, ini kali kedua Kelab Fasilitator diberi kepercayaan oleh pihak Asrama SMK Mulong untuk menghandle TAMAR' 11 ini.

Triumph of Academic,Moral and Religion 2011 atau pun TAMAR'11 bermula pada hari Khamis dan berakhir pada hari Sabtu. Tiga hadaf utama yang perlu difokuskan adalah akademik,sahsiah dan rohani. Seramai 105 orang pelajar yang tinggal di asrama yang terdiri daripada tingkatan satu hinggalah tingkatan enam atas keseluruhannya menjadi sasaran utama bagi program TAMAR' 11 ini. Disambut oleh Cikgu Asyikin sedikit sebanyak memberi keterharuan buat fasilitator yang terlibat.

Aktiviti bermula dengan pendaftaran para peserta dan seterusnya sesi penyerahan peserta kepada fasilitator oleh Ustaz Izani dan taklimat dari pengarah program TAMAR'11adamalamnya selepas solat Maghrib dan Isyak sesi LDK 1 iaitu Ice Breaking pun dijalankan. Melalui LDK 1 ini,peserta telah dibahagikan kumpulan dengan bermain Puzzle Negeri. Sebagai hasilnya setiap kumpulan mempunyai 11 orang ahli dan seorang fasilitator. Setelah fasilitator bertaaruf dengan adik-adik,adik-adik diminta mencipta satu trademark bagi kumpulan mereka mengikut kreativiti masing-masing dan diminta mempersembahkannya.

Pada hari kedua, slot pengisian bersama Ustaz Zulkifli dari KTD.Apa yang dapat dilihat, beliau cuba untuk menarik para peserta supaya berani untuk ke hadapan disamping  melatih peserta supaya berani untuk bersuara atau menyuarakan pendapat. Sebagai umpan, beliau telah membawa banyak cenderahati untuk memancing para peserta. Jelas disitu 1/3 daripada tembok 'keseganan' para peserta telah roboh. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Zulkifli kerana sudi meluangkan masa bersama warga TAMAR' 11 dan diatas ilmu yang dicurahkan.

LDK seterusnya adalah BUANG SAYANG. Disini fasilitator akan memberi sehelai kertas kosong kepada adik-adik. Kemudian meminta adik-adik untuk membahagikan kertas tersebut kepada 4 bahagian dan menulis nama empat orang yang mereka sayang. Misalnya emak,abah dan sebagainya. Setelah itu fasilitator akan menyuruh adik-adik supaya membuang 3 kertas tadi dan tinggalkan sehelai sahaja ditangan. Fasilitator perlulah bijak untuk menguruskan adik-adik jika ketika berlaku gangguan emosi.Resolusinya adalah walaubagaimana pun jangan sesekali kita membuang ibu dan ayah serta adik beradik dan sanak saudara yang terdekat kerana hanya meraka yang kita ada ketika susah dan senang. Dan selalu ingatlah bahawa ALLAH sentiasa berada disisi kita.

Pada sebelah petangnya pula satu lagi LDK telah dijalankan iaitu SMART SOLAT. Menerusi LDK ini adik-adik akan diajar kaifiat solat yang lebih sempurna. Perkara yang ditekan disini adalah bacaan-bacaan solat dan kaifiatnya.Bermula daripada niat solat hinggalah tertib  Disamping itu fasilitator juga turut menekankan tentang cara berwuduk yang betul. 

Malam Kebudayaan dan Kesenian Islam atau pun (MKKI) pula dijalankan pada sebelah malam kedua. Adik-adik lelaki telah diberi task megikut setiap kumpulan untuk menyampaikan persembahan Pentomen mengikut tajuk dan tema yang diberikan oleh fasilitator. Pelbagai gelagat dan aksi telah mereka persembahkan dengan sepenuh bakat yang ada. 

Slot seterusnya adalah slot Malam Muhasabah. Malam air mata. Adik-adik diberi sedikit nasihat dan kesedaran tentang tanggungjawab terhadap Allah, ibubapa dan sahabat handai. Malam Muhasabah diakhiri dengan slot HATI KE HATI iaitu bersalaman dengan para fasilitator. Air mata menjadi saksi diatas kesedaran yang berjaya dipupuk dalam diri setiap peserta. 

Seusai bersarapan pagi,aktiviti EXPLORACE dijalankan.Hadaf disini pula ialah untuk melahirkan pelajar yang aktif rohani dan jasmani. Adik-adik perlulah menghadapi beberapa checkpoint dengan menyelesaikan task yang diberikan oleh fasilitator.


Gambar-gambar yang sempat disnap untuk dijadikan kenangan.

SESI PENDAFTARAN

Bersemangat
Memeriksa nama masing2

SESI TAKLIMAT
Ucapan dari pengarah program

Mnedengar taklimat dgn khusyuk

Teliti mendengar
Makan berjemaah
Bersantap bersama teman

Sangat khusyuk!!
Membaca yasin


Kuliah maghrib oleh Saudara Hakimi

LDK 1: ICE BREAKING
Try to solve a very complicated puzzle
Puzzle yg telah siap
Se lagi dik!!

Fasi cuba untuk pecahkan ais

Memerah otak mencipta trademark
Ewau bule ewau bule...lalalala

'' Namo abe Aqiel..."
SENAMAN PAGI & PETANG

1..2..3..4..5..1..2..3..4..5
Alamak! kaki x stabil lah..

HATI KE HATI
" Saya minta maaf kak.."

"Dah dah xmo nangis dah shh..adik kan budak baik.."
EXPLORACE..!!

Kerusi hangat

Sorak burung

Gerak gempur

Monyet bijak

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
Guru-guru kanan SMK Mulong

Antara guru yang hadir ketika Majlis Perasmian Penutup

Barisan fasilitator muslimat

Teliti mendengar ucapan perasmi


Cenderahati drpd pihak kelab untuk SMK Mulong

Cenderahati drpd pihak SMK Mulong untuk fasilitator

Monday, January 31, 2011

Sekitar seminar cinta berpaksikan wahyu

 
15 Januari 2011 - Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu telah berlangsung dengan cerianya di Dewan Kuliah 2 Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya(UM) Kampus Kelantan. Seminar anjuran Kelab Fasilitator ini telah disertai oleh 130 orang mahasiswa dan mahasiswi.


  Majlis dipengerusikan oleh saudara Syuib bin Syukor, pelajar tahun 1 APIUMNP.
We are born to die. 
Right on the day we born, we are on the way to our graves.
En. Rosdi Baharom, Pengurus HEP Kolej Teknologi Darul Naim
Apa bicara mereka?
Bercouple adalah bencana yang melenyapkan iman dan mematikan hati...

.: pelajar UMNP khusyu' mendengar :.
.: cinta jika tidak berteraskan wahyu, ia akan berteraskan nafsu :.
 
.: isteri adalah manusia yang akan mempengaruhi seluruh kehidupan suami, 
oleh itu pilihlah wanita yang solehah 
kerana isteri yang solehah akan menarik anda ke syurga :.
.: sharing is caring

Perkara yang bermakna dalam hidup ini ialah menjadi hambaNya. Kebahagiaan hanya tercapai dengan 3 perkara:
a. Menyerah diri kepada Allah
b. Mantaati Allah
c. Mencintai Allah


.:Mata cinta hanya melihat yang indah-indah dalam diri yang dicintai
Mata yang membenci melihat kecacatan yang tidak dilihat oleh orang lain:. 

    Siapa mereka yang dicintai Allah?
1. At-tawwabuun - golongan yang terus menerus bertaubat. Marilah kita menjadi hamba yang selalu bertaubat; melalui solat taubat, istighfar dan tahajjud.
2. Al-mutatohhiruun - golongan yang membersihkan diri.
3. Al-muttaquun - golongan yang bertaqwa. Taqwa adalah sebaik-baik bekalan untuk pulang bertemu dengan Allah.
4. Al-muhsinuun - golongan yang berbuat baik. Manusia yang paling disayangi Allah adalah manusia yang paling bermanfaat kepada manusia lain. (Maksud hadis)
5. As-sobiruun - golongan yang bersabar. Dan bersabar itu lebih baik dan lebih indah.
6. Al-mutawakkiluun - golongan yang bertawakkal kepada Allah
7. Al-'aadiluun - golongan yang adil kepada semua manusia dan alam.
8. Al-mujahiduun - golongan yang berjihad. Jihad dalam kehidupan pelajar muslim ialah jihad melawan nafsu dan menuntut ilmu.
 
Bagaimana meraih cinta yang diredhai Allah?
a. Banyak membaca Al-Quran - 1juzuk sehari, 2 juzuk sehari
b. Membiasakan diri dengan ibadah sunat
c. Utamakan Allah daripada kehendak-kehendak lain
d. Mendalami dengan hati asma' Allah



Semoga Allah merahmati para peserta yang hadir dan dikurniakan keimanan yang benar kepada Allah.

Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu(CINTA)


15 JANUARI 2011:APIUM:KELANTAN
Tuan Haji Rosdi Baharom

                Satu seminar telah diadakan di dewan kuliah 2 APIUM,Nilam Puri. Seminar tersebut dinamakan Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu(CINTA). Seminar ini diadakan bertujuan untuk memastikan mahasiswa bijak menangani masalah cinta yang begitu parah dalam kalangan mahasiswa. 

Selain itu, turut diterapkan cinta mana yang harus dipilih. Adakah allah dan rasul menjadi cinta utama ataupun sebaliknya. Seminar ini memberi pendedahan tentang pengurusan cinta remaja yang perlu diselarikan dengan kehendak Allah agar cinta itu menjadi satu ibadah dan ketaatan kepada Allah swt. dan tidak menjadi dosa yang mewariskan kerosakan kehidupan di hari mendatang.

Cinta berkuasa merubah hidup manusia. Seperti kisah Umar ketika sebelum dan selepas Islamnya beliau. Begitulah hebatnya pengaruh cinta.

Justeru, seminar yang julung-julung kalinya di adakan di APIUM  kali ini menampilkan penceramah yang mahir dan berpengalaman mengendalikan masalah remaja yang berpunca dari konflik cinta. Penceramah tersebut ialah Tuan Haji Rosdi Baharom, Pengurus Hal Ehwal Pelajar Kolej Taknologi Darul Naim.
antara peserta seminar

Beliau telah berkongsi tentang hakikat cinta, bagaimana mengurus cinta dan sebagainya. Penceramah ini dipanggil selepas beliau menyampaikan sedikit perkongsian di USM ketika konsert malam muhasabah cinta USM.Penyampaian beliau cukup menyentuh jiwa pendengar. Seolah-olah berkomunikasi antara hati ke hati.

Sambutan yang menggalakkan diberikan peserta walaupun terdapat segelintir pelajar semester yang mempunyai program KOKO. Diharapkan seminar seperti ini dapat diadakan lagi tetapi bukan terbuka kepada pelajar Universiti Malaya bahkan terbuka kepada masyarakat umum.

Menurut pengarah program,saudara Syakur, beliau amat berpuas hati dengan program yang diadakan. Beliau berharap agar program ini bukan menjadi halwa telinga semata-mata tetapi akan nada insan yang melakukan perubahan demi menggapai cinta allah dan rasul. Tambah beliau lagi, penceramah yang dijemput kali ini  bukan orang biasa. Kepada ahli pelaksana program, semoga anda mendapat manfaat daripada program ini.

Moga anda semua meraih cinta allah dan rasul.

laporan disediakan  al-fateh

Tuesday, January 11, 2011

MENUJU CINTA BERPAKSIKAN WAHYU

sebarang maklumat sila hubungi nombor yang tertera...
019-5004055(syakur)
013-3019640(masyitah)
oleh : al-fateh
 
TUAN HAJI ROSDI BAHAROM
 
“Ubat bagi orang muda adalah jihad bukannya rehat” Dr assyahid Dr Abdullah Azam. Jangan kita jadi orang yang rehat tunggu mati(RTM).

Kita sebenarnya dicipta untuk kebahagiaan dan perlu untuk mendapat kebahagiaan. Tetapi perlu mencapai melalui 3 perkara

1.Kebahagiaan dalam mengingati allah. Manusia yang tidak mengenal allah akan tidak merasa kebahagiaan ini.

2.Apabila seseorang mengingati allah maka dia akan mentaati allah.

3.Apabila dia hilang allah dan berusaha untuk mentaati allah maka dia akan dincintai allah.
Hanya dengan kenal,mentaati,cintai allah maka dia dapat cinta allah. Carilah cinta allah dalam perkara yang paling disenangi ataupun tidak.

Cinta adalah amalan hati. Bukannya mata atau jasad yang akan wujud dalam lahiriyyah. Cinta “is a noun and is a verb”. Ada perbuatan untuk membuktikan cinta itu. Contohnya macam orang melayu yang sukar mengucapkan “I love you” pada isterinya. Kalau cakap rasa meremang bulu roma.

Ungkapkanlah rasa cinta itu bagi yang halal sahaja. Apabila cinta itu sesuai dengan apa yang allah redha maka dia menjadi ibadah. Kalau sebaliknya maka ia menjadi maksiat. Jadi jangan mulakan rumah tangga yang suci dengan maksiat. Kata Dr Hisyam ‘Amali ”we get married to increased our iman”. Tidak mungkin meningkat iman melalui maksiat.

Jadi pada teman-teman berfikirlah. Kosongkan jiwa anda dengan cinta yang maksiat. Ini pengorbanan yang cukup besar. Kalau anda cinta allah hantarlah mesej terakhir dan tamatkan cinta bermaksiat ini. Dalam rumah tangga sahaja cinta itu menjadi ibadah.

Ulama bahagi cinta kepada beberapa bahagian:

1.Cinta yang berbentuk ibadah. Timbulnya rasa rendah kepada allah. Hujurat ayat 7 ”allah jadikan cinta dengan keimanan dan rasa indah dengan cinta itu”. Orang yang benar-benar beriman akan cinta dengan keimanan. Siapa yang benar-benar beriman? Orang yang mencintai apa yang cinta dan benci apa yang allah benci.

2.Cinta syirik. Cinta allah dan selainnya. Kalau cinta seorang siswa atau siswi sehingga durhaka kepada allah maka anda berada dalam bahaya syirik pada allah.

3.Cinta maksiat. Majoriti berlaku di IPT. Penyakit serius di IPT. Mereka melaksana apa yang allah haramkan. Bermula dengan maksiat jari(sms).

4.Cinta manusiawi. Fitrah. Siapa yang tidak ada maka hatinya telah kering.

Muhasabah diri kita bagaimana kita menguruskan cinta kita. Dan perlu kita ketahui bagaimana hendak dapat cinta allah seperti berada dalam suasana dzikrullah. Tapaknya adalah menjadikan allah dalam setiap pergerakan kita.

Kalau kita ditemukan cinta pada allah maka lihatlah pada solat rakaat sebelum suboh. Ini cinta yang allah bagi.
edcoustic

Lagi yang perlu kita risaukan cinta yang tidak berbalas. Bayang ketika ketika hajat pada allah, allah tidak pandang langsung pada kita. Hilang kasihnya kasih allah pada kita.

Cantik sungguh peringatan ini. Carilah allah dalam kehidupan.
hasnul

Kepada mahasiswa APIUM NP nantikan seminar cinta berpaksikan wahyu di UMNP anjuran Kelab Fasilitator. Moga allah redha.


Saturday, January 1, 2011

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta saudara-saudaraku yang Insya Allah tetap mencintai Allah swt dan Rasul-Nya di atas segala-galanya. Kerana hanya cinta itulah yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandang yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa saudara-saudaraku yang mulai lelah menapaki jalan-Nya, ketika seringkali mengeluh, merasa terbebani bahkan terpaksa untuk menjalankan amanah dakwah yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan, serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya dan memberinya ganjaran dengan sebaik-baik ganjaran.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati saudara-saudaraku yang kerap kali terisi oleh cinta selain-Nya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya. Lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang lain, entah dimana keikhlasan. Maka saat ini kurasakan kekecewaan dan kelelahan kerana kulakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia hanya akan melihat kesungguhan dalam berproses dan dalam berusaha.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh saudara-saudaraku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang membiarkannya untuk dinikmati. Lalu dimanakah kejujuran diletakkan ? , dan kini terabaikan sudah secara nurani yang bersih, saat ibadah hanya rutin semata, saat fizikal dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang tepu. Cubalah sejenak luangkan waktu untuk melihat hatimu menangis, tertawa, atau merana.

Surat ini kutujukan untuk diriku dan saudara-saudaraku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri, sungguh tiada satupun yang membuat kita lelah di hadapan-Nya, selain ketaqwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati namun kita masih leka dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati saudara-saudaraku yang mulai mati, saat tiada getar penyesalan ketika kebaikan terlewat begitu saja, saat tiada rasa berdosa ketika menzalimi diri dan saudaranya.

Akhirnya, surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, cubalah kau jaga agar cahaya itu tidak padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekelilingnya, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya. Hanya dengan kekuatan dari-Nya. Ya Allah saksikanlah, sesungguhnya aku telah menyampaikan. Wallahu ’alam bish-shawab.

Semoga tetap istiqamah di jalan-Nya. Sungguh, syurga takkan pernah pantas ditukar dengan lalai dan kemalasan.

Dari Saudaramu yang mencintaimu kerana Allah ...

Ibnu Sa'id Al Faqir