Sahabat

Monday, July 30, 2012

MRSM TUMPAT

PENGENALAN USRAH....

      12 Julai 2012 sebelum bulan ramadhan,Kelab Fasilitator diberi peluang untuk memberi penerangan mengenai USRAH kepada adik-adik MRSM,Tumpat,Kelantan....Kami menghantar seramai 20 orang fasi seperti mana yang diminta oleh pihak sekolah...10 fasi ikhwah dan 10 fasi akhowat....Malah,kami juga diberitahu pada mulanya peserta yang terlibat hanya tingkatan 1,2,dan 4...kemudian bila sampai disana diberitahu lagi sekali peserta yang terlibat dari semua tingkatan 1 hingga 5....

BARISAN FASILITATOR YG MANTAP!!!!

      Program bermula selepas solat isyak di dewan mrsm,tumpat...dan untuk pengetahuan semua pembaca blog fasi nie...malam tu dewan agak ramai dan penuh dengan pelajar-pelajar mrsm...sebelum memberi penerangan mengenai usrah...pihah sekolah meminta kami barisan fasi untuk berta'aruf dahulu...kemudian slot pengenalan dimulakan oleh saudari Naemah Mukhtar..slot kedua oleh saudari Amalina Nadzirah dan slot ketiga oleh saudari Siti Maisharah...mereka bertiga menerangankan pengenalan usrah itu sendiri...dan pada permulaan nie..secara kasar nya peserta agak bosan mendengar penerangan yg dibentangkan..tetapi mereka bersemangat semula apabila ditayangkan beberapa video dengan latar muzik yang agak rancak...

KHUSYUK MEREKA MENDENGAR KAN???


     Setelah selesai slot dari akhowat...selang beberapa minit...program diteruskan lagi dengan slot dari ikhwah...yang dibentang oleh saudara Adam Samad...saudara Amirul Hafizin dan slot akhir oleh saudara Syazwan...Semasa slot ini dibentang...peserta-peserta memberi respon yang sangat baik dan tidak menunjukkan tanda-tanda mereka bosan..nak tau sebab ape diaorang tak bosan????jawapan nya...sebab ade tayangan video la...hehehe.....Kami juga fasi-fasi yang lain cuba merapatkan diri dengan mereka semua..dan mereka sangat mesra malah ada yang menyuruh kami tidor disana...MESRA KAN???...


MENJADI SEORANG PENDENGAR YANG BAIK....
TENGOK GAYA MEREKA.....TAK BOSANKAN...SEMPAT LAGI BERGAMBAR..
       Akhirnya...selesai sudah semua slot dibentang dengan begitu mantap sekali oleh fasi-fasi yang berkeliber keluaran APIUM,Nilampuri.....malah apabila ditanya mengenai berbentangan ini kepada peserta...mereka memberi jawapan yang sangat baik dan respon yang sangat baik juga....dan dari penelitian kami...pelajar-pelajar mrsm tumpat amat berminat untuk BERUSRAH sesama mereka....Program berakhir jam 11.30 malam...dan abis je program bersama adik-adik mrsm...kami semua fasilitator berjumpa dengan salah sorang ustz mrsm untuk sedikit perbincangan.....Semasa perbincangan,ustz telah memberitahu bahawa beliau sangat berpuas hati dengan perbentangan kami pada malam itu...dan beliau juga memberi cadangan untuk melanjutkan lagi program nie dengan program nuqoba' pula..iaitu setelah pihak sekolah memilih naqib dan naqibah dari kalangan pelajar mrsm sendiri...dan program ini juga akan dikendalikan oleh fasilitator APIUM,Nilampuri lagi sekali....Akhir kata...semoga pelajar-pelajar mrsm dapat melaksanakan USRAH di mrsm dengan baik dan dapat memberi kebaikan kepada org lain untuk dijadikan contoh atau tauladan diluar sana satu hari nanti....

AGAK SERIUS JE...APA AGAKNYA YG DIBINCANGKAN TU???

PERBINCANGAN SETELAH SELESAI PROGRAM BERSAMA PESERTA..
p/s : dah bce kn...klu ade pape nk dikomen..komen jela...=)
       teruskan bce ye blog fasi nie dan tunggu tuk post yang seterusnya...=)



Tuesday, June 26, 2012

MALAM PENGENALAN KELAB APIUM,NP 2012/2013

IKLAN UNTUK PENGENALAN KELAB

23 JUN 2012- Bertempat di Dewan Kuliah 2 telah berlangsung satu program pertama bagi kelab-kelab di APIUM,NP.Antara kelab yang terlibat ialah Kelab Orator dan Kesenian Islam,Kelab Fasilitator ,Kelab Silat Cekak Hanafi serta Gerakan Pengguna Siswa(GPS).Turut hadir pada malam tersebut ialah Ustaz Nor Hazrul Bin Mohd Salleh bagi merasmikan program ini dan YDP silat Cekak Hanafi Kelantan sebagai tetamu jemputan.

Majlis tersebut dipengerusikan oleh saudara Hassan Basri Bin Soidin.Majlis bermula jam 9.30 malam .Bermulanya dengan ucapan aluan daripada Ustaz Nor Hazrul Bin Mohd Salleh  yang mengharapkan agar mahasiswa menyertai kelab tetapi jangan sampai mengabaikan pelajaran masing-masing.Antara lain perkara yang diucapkan oleh Ustaz Nor Hazrul Bin Mohd Salleh ialah mengharapkan mahasiswa agar menggunakan kelab sebagai salah satu wadah untuk meningkat kemahiran soft skill,pengucapan,kemahiran kendiri,kerja berpasukan dan sebagainya.

Program tersebut diteruskan lagi dengan persembahan video kelab Orator, kelab Fasilitator dan Gerakan Pengguna Siswa .Video persembahan yang ditayangkan menarik perhatian mahasiswa kerana melihat aktiviti yang ditayangkan pada semester lepas.Turut diselingkan muzik-muzik yang mencuit hati.

Persembahan kelab diteruskan lagi oleh Persatuan Silat Cekak Hanafi yang membariskan 8 panglima hitam mereka yang siap untuk bertempur pada malam tersebut.Turut diperkenalkan juga buah-buah yang menarik untuk mempertahankan diri.Demontrasi silat berlangsung selama 15 minit.


BERATUR CEPAT...NAK DAFTAR NIE

Majlis berakhir pada jam 11.30 malam.Kaunter pendaftaran ahli baru turut dibuka pada malam tersebut.Senarai nama yang kami terima untuk pendaftaran baru bagi semester 1 seramai 94 akhowat dan 56 ikhwah.Moga dengan kedatangan ahli baru dapat merealisasikan aktiviti kelab masing-masing terutamanya bagi kelab fasilitator.Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli kelab yang membantu pada malam tersebut.


TENGOK SENARAI TU..RAMAIKAN??


Thursday, March 15, 2012

MUKTAMAR FASILITATOR 2012

:: Assalamualaikum W.B.T ::

Alhamdulillah Kelab Fasilitator sesi 2011/2012 telah mengadakan Majlis Muktamar bersama-sama semua ahli sebagai tanda berakhirnya tugas pimpinan Semester 4 dan menyerahkan tampuk pimpinan serta tanggungjawab kepada ahli-ahli  baru untuk sesi 2012/2013 yang akan datang.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada mantan Pengarah Kelab Fasilitator, Ahmad Aqiel Bin Abd Rahim.
Turut menyampaikan ucapan dan amanat terakhir, Amir Yazid selaku Presiden Kelab Orator & Kesenian Islam. 

Ustazah Shukriah Che Kassim 
Majlis telah dirasmikan oleh Puan Shukriah Binti Che Kassim selaku Penasihat Kelab Fasilitator APIUM.

( Muhammad Hasif & Ahmad Aqiel )
Mantan Pengarah menyerahkan Fail Kelab Fasilitator kepada Pengarah yang baru



ORGANISASI KELAB FASILITATOR 2012 / 2013

   PENGARAH :
   MUHAMMAD HASIF BIN HILMI

      TIMB.PENGARAH :   
AMALINA NADZIRAH BT JULKIPLI


SETIAUSAHA : 
MOHAMAD FARHAN ADLI BIN JARNI


PENOLONG SETIAUSAHA : 
NOR ASIAH ADNI BT MOHD ADNAN


BENDAHARI: 
SYAZWAN BIN ABU BAKAR

PEN. BENDAHARI : 
SITI NAEMAH BT MUKHTAR



KD PENGISIAN: 
MOHD FAISAL BIN MOHD SALLEH

NURHANISAH BT RAZALI


KD MULTIMEDIA: 
AMIRUL HAFIZIN BIN OTHMAN

NORANISAH BINTI MOHD ISMAIL


KD KEBAJIKAN: 
MOHAMAD FADHLULLAH BIN MOHD ROZALI

SITI MAISYARAH BT SULAIMAN


KD PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN LUAR (PPL) :
AHMAD SAMSUL NAZRIN

NUR TASNIM BT HARIRI


KD MUAMALAT & EKONOMI: 
MOHAMAD ADAM BIN SAMAT

MUNIFAH BT MUSTAPA 



: : Selamat Menjalankan Tugas dengan Baik : :
: : Sekalung penghargaan buat AJK Kelab Fasilitator 2011/2012 yang telah menjalankan amanah dengan baik dan memberikan kerjasama dalam usaha memajukan kelab ini : :

KURSUS KEPIMPINAN FASILITATOR 2011

Tarikh : 23 Disember 2011
Tempat : Dewan Kuliah 2, Akademi Pengajian Islam,
 Universiti Malaya, Nilam Puri.


Pengarah : Anwar Nayan
Timbalan Pengarah : Siti Hajar Roslan



 

Peserta lelaki sedang berbincang
Para peserta sedang khusyuk mendengar pembentangan

Peserta sedang dilatih sebagai fasilitator
Penceramah jemputan & Pengarah Program


Program berakhir pada jam 12:30 tengah hari.
Antara input yang telah diperolehi para peserta ialah :
 
1) Cara menjadi fasilitator program yang baik
2) Kaedah mengendalikan sesuatu program atau majlis
3) Strategi menyampaikan ceramah atau motivasi yang berkesan

*****










Sunday, November 27, 2011

*** SaLam MaaL hiJrah 1433 ***


Buat sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian.
Marilah kita bersama-sama membina azam yang baru dan semangat yang tinggi 
pada tahun baru Hijrah kali ini. Semoga apa yang kita lakukan dapat memberi manfaat 
kepada diri , masyarakat , agama dan negara. InsyaAllah .

* Bersama tingkatkan Iman & Amal *

Sunday, October 23, 2011

Aqiel2U: Di Sebalik Ibadah Sang Pelangi ?

Aqiel2U: Di Sebalik Ibadah Sang Pelangi ?: assalamualaikum sahabat2 pembaca, alhamdulillah bertemu kita dlm entry t'bru, di sebalik ibadah sang pelangi, apa di sebaliknya ? bagaimana ...

Friday, October 21, 2011

Aqiel2U: Ilmuan Malaysia Tenat !!

Aqiel2U: Ilmuan Malaysia Tenat !!: assalamualaikum puluhan hari blog ku tdk disentuh namun kali ini ku tampilkan entry yg lebih berani dik kerana mual dan tenat dgn permainan ...